Artikel

Namaku Bukan Maria Angkat Kisah Natrah

oleh Roziyah pada 28 Dec 2010

PTS Litera Sdn. Bhd kini menerbitkan novel Namaku Bukan Maria. Novel yang terhasil daripada kisah sejarah tanah air iaitu Natrah ini mengangkat kisah Natrah yang dipaksa kembali ke Belanda.

Kisah ini berlaku pada zaman darurat ketika Jepun menyerang Malaya. Sewaktu itu Che Aminah mengikut suaminya berniaga di Bandung, Indonesia. Che Aminah rapat dengan Nor Louise, nenek Natrah yang sudah memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan pemuda tempatan. Kemesraan itulah yang menyebabkan ibu Natrah, Adeline Hertogh menyerahkan Natrah kepada Che Aminah.

Perang menyebabkan kemiskinan dan kemelaratan. Perang juga menyebabkan suaminya Hertogh menjadi tawanan Jepun. Sebagai ibu tunggal, keluarga yang besar seperti keluarga Adeline Hertogh dihimpit derita untuk membesarkan anak-anak. Oleh sebab itu, beliau tidak mampu menanggung keluarga lalu bersetuju menyerahkan Maria kepada Che Aminah, sebuah keluarga Melayu yang berasal dari Terengganu. Mak Minah menerima Maria menjadi anak angkatnya dan mengislamkannya dengan nama Natrah.

Namaku Bukan Maria hasil tulisan Tuan Ibnu Ahmad Al-Kurauwi ini memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kisah kehidupan Natrah yang sebenarnya.

Dapatkan novel Namaku Bukan Maria yang kini dijual di kedai-kedai berhampiran tuan dan puan. Selain itu tuan dan puan yang ingin mendapatkan karya hebat ini boleh dapatkan di bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024