Artikel

3 Sebab Kenapa Napoleon Bonaparte Pernah Memuji Istanbul

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 10 Oct 2016

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah sebaik-baik pasukan.” - Hadis

Hadis ini terlaksana 800 tahun kemudian oleh Sultan Muhammad, sekaligus dalam sejarah beliau digelar Al-Fateh (Sang Penakluk).

15 Julai 2016 yang lalu, Istanbul kembali berdarah dengan cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Erdogan.

Mengapakah kota Konstantinopel atau Istanbul ini menjadi igauan ramai?

Istanbul 2

1. Istanbul terkenal dengan kemakmuran dan kekayaan serata Eropah sejak beberapa abad.

Istanbul adalah wilayah terpenting dalam kawasan Balkan yang memiliki status dan keunikan tersendiri, terutama pada Zaman Pertengahan. Kawasan semulajadi yang subur dan berbukit serta mempunyai kawasan tanah lapang yang luas amat sesuai untuk semua aktiviti.

Istanbul 3

2. Istanbul terletak di pertemuan antara benua Asia dan Eropah serta pertemuan antara Laut Mediterranean dan Laut Hitam.

Lanskap Istanbul sangat sempurna dengan tiga bentuk geografi berbeza iaitu kawasan pergunungan, dataran, dan lautan. Ia memiliki jaringan perdagangan yang cukup luas merangkumi Asia kecil, Syria, dan Mesir.

Istanbul juga merupakan tempat persinggahan perdagangan ke Armenia dan Laut Hitam.

Istanbul sentiasa berhubung dengan dua pelabuhan utama iaitu Antioch dan Alexandria yang merupakan pusat pelabuhan yang pesat di Laut Mediterranean.

Istanbul 4

3. Kedudukan yang strategik sama ada dari segi perdagangan mahupun geo-politik.

Sebagai kota perdagangan, Istanbul terkenal dengan hasil pertanian, pertukangan, pembuatan, dan perniagaan. Di antara barang-barang perdagangan yang diperdagangkan ialah hasil tenunan, pakaian bercorak, barangan kaca, dan barangan logam.

Istanbul juga turut terkenal sebagai ‘Kota Tujuh Bukit’. Ia mendapat perlindungan semulajadi daripada kedudukannya di celahan tujuh buah bukit yang menjadi bentuk muka buminya.

Istanbul 5

Kota ini juga berbentuk tiga segi, dengan dua bahagian menghadap Selat Bosphorus dan Laut Marmara. Kita dapat menyaksikan dua pertiga sempadan kota ini adalah laut.

Justeru itu, tidak hairanlah Napoleon Bonaparte pernah mengungkap;

“Sekiranya dunia ini sebuah negara, Konstantinopel (Istanbul) itulah yang paling layak menjadi ibu negaranya.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024