Artikel

365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza Terbit Eksklusif di popular

oleh Roziyah pada 27 Aug 2010

Buku Eksklusif penulis buku masakan di Malaysia, Chef Hanieliza kini sudah berada di kedai buku Popular seluruh Malaysia.

Lebih istimewa apabila buku ini menampilkan 365 resipi istimewa berserta rahsia rempah ratus, fungsi peralatan, kegunaan dan khasiat masakan khas bagi peminat-peminat buku masakan.

Buku 1Hari 1 Resipi: 365 resipi istimewa Chef Hanieliza ini dicetak kira-kira 10 ribu naskah dan sudah mula dijual di lebih 60 cawangan kedai buku Popular di seluruh Malaysia.

Chef Hanieliza yang tampil dengan lebih sepuluh buah buku masakan bersama PTS menjadikan buku 365 resipi istimewa sebagai hadiah berharga kepada semua peminatnya.

Chef Hanieliza merupakan penulis buku masakan nombor 1 PTS. Buku-buku masakan yang dihasilkan beliau sentiasa menjadi antara buku terlaris di PTS.

Tuan dan puan boleh mendapatkan buku 1 Hari 1 Resipi: 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza yang hanya dijual eksklusif di kedai buku Popular dengan harga RM39.90 senaskah.

Buku istimewa pertama di Malaysia yang memaparkan 365 resipi istimewa ini mampu menambahkan variasi dalam masakan seharian tuan dan puan.

Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan aktif menjadi guru masakan selain aktif menulis resepi masakan dalam blognya hanieliza.blogspot.com. Beliau juga aktif dalam forum masakan di internet.

Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak terbitan PTS, beliau aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan buku 1 Hari 1 Resipi: 365 Resipi Istimewa Chef hanieliza yang mengandungi 365 resipi istimewa daripada Chef Hanieliza di kedai buku Popular berdekatan tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024