Artikel

Keluarga PTS Kumpul Buku Wakaf Bagi Infaq Ramadan PTS

oleh Roziyah pada 27 Aug 2010

Keluarga PTS sama-sama mengumpulkan buku-buku terbitan PTS sempena program Infaq Ramadan yang diadakan setiap kali bulan Ramadan.

Buku-buku yang dikumpulkan akan diwakafkan di rumah anak yatim atau pertubuhan-pertubuhan yang telah dipilih oleh warga PTS.

Selain itu, PTS juga akan membawa buku-buku yang telah diwakafkan oleh pelanggan PTS sempena program wakaf buku PTS 2010.

Pelanggan yang membeli set wakaf mempunyai 2 pilihan sama ada memilih sendiri tempat bagi mewakafkan buku atau mewakilkan PTS menyerahkan set wakaf tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Program yang diadakan setiap tahun di bulan Ramadan bagi memberi peluang kepada kakitangan PTS menyumbangkan tenaga kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, PTS juga menyumbangkan sebuah rak buku di setiap rumah atau pertubuhan yang telah dipilih.

Infaq Ramadan ini merupakan salah satu tangungjawab sosial dan sumbangan PTS kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Program Infaq Ramadan ini juga menjadi landasan berharga kepada mereka yang tidak berkemampuan bagi menimba dan menambah ilmu melalui buku-buku yang dikeluarkan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024