Artikel

5 Perkara Yang Kita Belum Tahu Tentang Presiden Amerika

oleh Abdullah pada 11 Nov 2016

1. Donald J. Trump Memuji Obama Pada 2008

obama

Selepas pilihanraya Presiden Amerika pada November 2008 memilih Barack Obama sebagai Presiden Amerika yang seterusnya, beliau memuji dan yakin akan kepimpinan Obama.

“Apa yang dilakukan oleh Barack Obama begitu menakjubkan. Beliau berjaya mencapai apa yang diperolehinya sekarang dalam tempoh satu tahun dengan mengharungi rintangan yang besar. Kejayaan ini benar-benar luar biasa. Sekirannya seseorang bertanya kepada saya, “Mampukah mana-mana warga kulit hitam menjadi Presiden?” saya akan berkata, “Ya, tetapi belum tiba masanya.” Namun, Barack Obama membuktikan keazaman yang digabung bersama peluang serta kebijaksanaan, mampu menjadikan hal itu suatu kenyataan, malah dengan cara yang luar biasa.”

Sumber: Donald. J. Trump, Think Like A Champion, terbitan PTS, 2014.

2. Trump Ingin Menjadikan Amerika Sebagai Negara Pengeluar

trump

Donald Trump pada 2008 mula melangkah ke arena politik melalui kerusi Parti Republikan. Beliau menyatakan negaranya tidak lagi menjadi negara pengeluar barangan. Beliau ingin mengubah Amerika menjadi negara pengeluar barangan dan memegang kuasa ekonomi dunia dengan kepakarannya dalam dunia peniagaan.

Sumber: Muhd Nur Iman Ramli, Fail Sulit Presiden Amerika, terbitan PTS, 2012.

3. Jangan Percaya Kepada Ahli Politik

Dalam buku Why We Want You To Be Rich oleh Donald J. Trump dan Robert T. Kiyosaki, mereka menulis jangan percaya kepada ahli politik.

“Usah terlalu berharap kepada ahli-ahli politik dan pegawai kerajaan bagi menyelesaikan masalah kita.”

4. Amerika Mengamal Demokrasi Berpresiden

Demokrasi Berparlimen atau Presidential Democracy adalah sistem yang diamalkan di Amerika. Sistem ini mewujudkan pemisahan bidang kuasa antara cabang eksekutif dan badan perundangan (legislatif). Di mana presiden menggalas tugas sebagai ketua negara dan ketua kerajaan sekali gus.

Jawatan presiden Amerika Syarikat diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1788. Dengan persetujuan itu, George Washington dilantik sebagai presiden pertama pada tahun berikutnya, 1789.

Sumber: Muhd Nur Iman Ramli, Fail Sulit Presiden Amerika, terbitan PTS, 2012.

5. Bagaimana Undi Dikira Untuk Menentukan Siapa Presiden Seterusnya?

Pemilihan presiden Amerika tidak dipastikan oleh jumlah keseluruhan undi atau undi popular, tetapi dipastikan oleh negeri-negeri secara individu.

Pemilihan ini bermula dengan undian rakyat, di mana setiap pengundi akan memilih ssatu calon presiden pilihan hati mereka. Setiap undian di negeri masing-masing akan dikira.

us election

Populasi negeri lebih besar = Daerah lebih banyak = Pengaruh lebih besar

Apabila calon presiden memenangi negeri-negeri yang cukup bagi mencapai majoriti 270 undi Electors, maka beliau diumumkan memenangi pilihan raya itu. Beliau akan diisytiharkan sebagai President-Elect (Presiden Terpilih) dan akan mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika pada 20 januari.

Sumber: Muhd Nur Iman Ramli, Fail Sulit Presiden Amerika, terbitan PTS, 2012.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024