Artikel

Kenapa Kedai Buku BORDERS akhirnya Menjual Buku-buku Lokal dan Bahasa Melayu?

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 15 Nov 2016

11 tahun yang lalu, kedai buku Borders bermula di Malaysia dengan hanya memfokuskan pasaran ‘Urban’, yang memfokuskan kepada penduduk bandar.

Borders menumpukan jualan buku bahasa Inggeris berbanding menjual buku-buku dalam bahasa Melayu pada awal permulaan mereka.

borders bookstore

Jika kita bercakap soal pasaran urban, saya tidak menolak bahawa buku dalam bahasa Inggeris memenuhi syarat pasaran.

Hal ini kerana golongan urban kebanyakannya adalah dari golongan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa seharian.

Kali pertama menjejakkan kaki ke Borders di Queensbay Mall Bayan Lepas, Pulau Pinang beberapa tahun lalu, saya lihat konsep kedai buku ini tidak jauh berbeza dengan Kinokuniya ataupun MPH.

Borders penang

Beberapa tahun kebelakangan ini, Borders membuat perubahan ketara dengan memasarkan juga buku-buku dalam bahasa Melayu. Buku-buku dalam bahasa Melayu kini memasuki pasaran urban.

Permintaan dalam pasaran urban sudah berubah. Perubahan ini juga telah menambah syarikat penerbitan buku di Malaysia yang bermula dengan kecil-kecilan.

Kelompok urban dan permintaan telah berubah, malah Borders juga mula menambah segmen-segmen buku mengikut permintaan pasaran yang belum dipasarkan di kedai mereka.

Bagi pembaca, kedai buku adalah tempat menjual buku. Tetapi, apabila pembeli datang dan bertanya tentang buku yang dicari tetapi tidak dijual, pelanggan akan kecewa dan mencari pilihan kedai buku lain yang mempunyai pilihan buku yang lebih pelbagai.

beli buku

Saya melihat, anak-anak Malaysia kini, terutamanya bangsa Melayu, mula kembali berminat kepada sastera dan buku bahasa Melayu.

Borders mula memasarkan buku-buku bahasa Melayu. Di samping, untuk sisi keuntungan, sisi lainnya ia bagus untuk mengukuhkan kembali bahasa ibunda.

bordrs 5

Sekarang, adalah masa yang sesuai untuk Borders mempertingkatkan pasaran jualan buku dalam bahasa Melayu.

Lebih ramai pengunjung akan tertarik untuk membeli kerana Borders mempunyai banyak pilihan buku dalam bahasa Melayu dan tempatan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024