Artikel

6 Hujah Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis untuk Orang Islam

oleh Asri Yussof pada 23 Jun 2016

Kita sedia maklum kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah haji mengambil suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas ke Makkah bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menulis dalam bukunya Fiqh Medik Mini, terbitan PTS,

Hukum menggunakan pelalian Meningococcal Meningitis Mencevaz yang diambil daripada sumber lembu adalah harus.

Manakala vaksin pelalian Meningococcal Meningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis oleh Orang Islam ini dijelaskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-53 yang bersidang pada 27 November 2002.

Disini 6 keterengan & hujah;

1. Pada ketika ini, hanya ada dua jenis vaksin di pasaran, iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah daripada sumber susu, jantung, dan lemak lembu. Manakala vaksin jenama Monumune adalah daripada sumber yang mengandungi bahan daripada babi

2. Persoalannya, keraguan terhadap kandungan vaksin daripada jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu sama ada lembu tersebut disembelih ataupun tidak. Sekiranya lembu tersebut tidak disembeliih, vaksin Mencevax juga mengandungi bahan daripada najis

3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqh Akhafu Ad-Dhararin walaupun sumbernya daripada lembu yang belum dapat dipastikan sama ada ia disembelih ataupun tidak. Penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur babi pula jelas tidak boleh digunakan.

4. Menurut Dr. Wahbah Az-Zuhaili, walaupun sumber yang asal adalah daripada benda najis dan haram, namun sekiranya dia diproses dan berlaku perubahan ataupun pertukaran ‘ain yakni sifatnya, maka ia dibolehkan. Hal ini diharuskan bagi menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun sumbernya terdiri daripada sumber babi.

5. Penegasan daripada pihak berkuasa amat diperlukan demi menyatakan vaksin daripada sumber yang diharamkan adalah tidak dibenarkan dan diharamkan dalam Islam. Pihak hospital ataupun klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada jemaah haji ataupun umrah Malaysia.

6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin, iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan perlu dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune mengandungi asid amino babi adalah haram. Manakala vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tidak mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.

Beliau menambah lagi, daripada kenyataan fatwa ini, masyarakat Malaysia dibenarkan menggunakan vaksin Mencevax keluaran GlaxoSmithKline (GSK).

Walaupun ia berasal daripada haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan penggunaanya dibenarnkan berdasarkan dua asas ini;

1. Ia sudah melalui proses istihalal ataupun transformasi. Bahan daripada haiwan yang tidak disembelih itu sudah hilang sifatnya kerana sifatnya kepada sifat yang baru

2. Mungkin disebabkan tiada pilihan ataupun alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Jesteru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024