Artikel

7 Teknik Menghafal Al-Quran Dengan Mudah dan Cepat

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 22 Jun 2016

“Korban yang gugur pada perang Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Quran, aku khuatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al-Quran di beberapa tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Quran, menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpulkan Al-Quran.”

“Bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW?”

“Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan.”

Demikianlah antara sorotan dialog yang berlaku antara Saidina Umar Al-Khattab bersama Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Ia sangat bersangkut-paut dengan naskah Al-Quran yang berada di tangan kita sekarang.

Andaikan sahaja, sekiranya Allah tidak mengilhamkan kepada Saidina Umar mengenai perkara ini, bagaimanalah agaknya kita membaca Al-Quran ya.

Mungkin secara Talaqqi Musyafahah (pengajian bersemuka melalui lisan semata-mata).

Berbahagialah mereka yang menghafal Al-Quran, kerana anda adalah penjaga kepada penulisan bahkan bacaannya.

Namun bagaimana bagi mereka yang belum menghafalnya?

“Saya tidak mampu menghafal, ustaz. Saya tidak mahir tajwid.”

Sebenarnya, menghafal Al-Quran bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Asal sahaja kena dengan cara dan gayanya, satu hari satu surah pun boleh.

Bagaimana mahu menghafal Al-Quran dengan cara yang paling senang? Ikuti teknik-teknik ini

  1. Hafal 3 baris sahaja dalam satu hari

  2. Ambil masa 30 Minit setiap hari untuk menghafal

  3. Ulang hafal sebanyak 3 kali selepas selesai solat

  4. Jadikan  5 hari dalam seminggu untuk menghafal

  5. Jadikan 2 hari di hujung minggu sebagai hari mengulang

  6. Fokus untuk kekal 4 muka surat sebulan

  7. Bermula dengan menghafal ayat-ayat dari 10 surah popular terlebih dahulu


Teknik ini diambil dari buku Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril keluaran PTS yang ditulis oleh Ustaz Mohamad Asraff Ayob Al-Hafiz.

Semoga kita sama-sama berjaya menghafal.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024