Artikel

7 Novel Habiburrahman El Shirazy Yang Akan Membuatkan Anda Dilamun Cinta

oleh Bookcafe pada 18 Jan 2018

Habiburrahman El Shirazy adalah penulis novel Islami dari Indonesia yang sudah banyak menghasilkan novel-novel Islami yang bestseller dan kebanyakan diangkat menjadi filem layar lebar.

Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana dan terbaru Ayat-Ayat Cinta 2 antara filem-filem yang dihasikan dari adaptasi novel-novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy.

bookcafe

Beliau lahir di Semarang, Jawa Tengah pada 30 September 1976 berumur 42 tahun, merupakan lulusan sarjana Universiti Al-Azhar, Kairo, Mesir.

Filem Ayat-Ayat Cinta pada 2008 itu menjadi langkah besar untuk nama Habiburrahman El-Shirazy mengukir nama dengan lebih tinggi selepas filem itu berjaya pecah panggung di Indonesia sehingga menjadi fenomena di Malaysia.

ayat ayat cinta 1

Setahun kemudian, filem Ketika Cinta Bertasbih keluar dan menjadi fenomena juga sehingga ke Malaysia. Genre karya novel Islam dan filem Islami pada ketika itu masih lagi baru, dan penontot suka benda baru yang belum lagi banyak di pasaran.

Ketika Cinta Bertasbih

Selain dari dua karya ini yang fenomena, novel-novel lain karya beliau juga tetap menjadi popular. Pudarnya Pesona Cleopatra, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana dan Bumi Cinta tetap menjadi bestseller.

ayat ayat cinta 2

Klik di sini untuk memiliki karya-karya Habiburrahman El Shirazy

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024