Artikel

8 Fakta Mengenai Vaksin Yang Wajib Anda Tahu

oleh Asri Yussof pada 13 Aug 2019

Walaupun 5 bulan lagi kita bakal melangkah ke tahun 2020. Orang kata tahun 2020 adalah tahun milenial dan tahun berkembang pesatnya teknologi yang kita miliki. Tetapi kita masih tidak terkecuali mendengar peperangan vaksin dengan anti vaksin di media sosial dan juga di kaca tv.

Sejak dari zaman dulu lagi, kita ada mak-mak yang tidak mahu memberi anaknya suntikan vaksin kerana ragu-ragu dan tidak percaya dengan status halal dan sejauh mana ia boleh memberi kebaikan.

Bagi yang masih ragu-ragu, dalam 60 tahun yang lalu, vaksin telah membantu membanteras satu penyakit (cacar) dan hampir menghancurkan satu lagi penyakit polio. Poliomyelitis atau polio adalah penyakit saraf yang dapat menyebabkan lumpuh. Vaksin juga sudah mencegah lebih daripada 2.5 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia. Ini adalah fakta daripada www.unicef.org dan www.who.int

Perjuangan untuk memberi kefahaman tentang vaksin ini masih belum berhenti. Dr. Amirul Amzar dan Dr. Suhazeli Abdullah bergabung dalam satu buku Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah untuk mengetengahkan isu kepentingan suntikan vaksin ini kepada masyarakat.

Kenapa suntikan vaksin ini diperlukan?

Jika seseorang diserang kuman, kuman itu akan dianggap sebagai bahan asing terhadap tubuh badan. Badan akan cuba menghasilkan antibodi dan melawan jangkitan itu. Ini kita panggil sebagai imuniti daripada jangkitan secara semula jadi.

Namun, yang demikian, risikonya adalah apabila badan gagal melawan jangkitan ini, bukan sahaja imuniti tidak terbentuk, malah komplkasi boleh berlaku dan menyebabkan kematian!

Berbeza dengan imuniti daripada vaksin, hanya komponen atau kuman dilemahkan yang diberi. Ia tidak akan menyebabkan jangkitan serius dan tidak menyebabkan komplikasi, jauh sekali kematian.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024