Artikel
8 Langkah Membina Kecantikan dan Ketampanan Sosial
oleh Helmi pada 03 Aug 2005
Ramai yang ingin menjadi seorang yang menarik. Maka mereka membelanjakan wang yang banyak untuk membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Ramai orang yang pergi ke gim untuk menjaga kesihatan. Lebih dari itu ia bertujuan untuk menjadi lebih cantik dan menarik.
Selain daripada itu, banyak produk melangsingkan badan di pasaran. Mereka mengambil produk itu untuk kesihatan dan juga impian untuk dilihat lebih cantik dan menarik. Ramai orang yang mementingkan fesyen pakaian, rambut dan lain-lain aksesori tambahan. Lebih hebat lagi ada orang yang menjalani pembedahan plastik untuk mendapat bentuk bahagian badan tertentu yang menarik.
Mereka menghabiskan wang dengan banyak untuk tujuan-tujuan tersebut. Apabila seseorang memiliki penampilan fizikal yang menarik tetapi begitu negatif dan berfikir secara tertutup, mereka menjadi orang yang membosankan.
Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa.Anda mungkin pergi menjelajah ke bulan atau mendaki gunung Everest untuk menjadi orang yang menarik. Anda mungkin jatuh cinta dengan Siti Norhaliza untuk menjadi lebih menarik.
Anda boleh menjelajah mengelilingi dunia berbasikal untuk jadi orang yang menarik atau tidur dengan ribuan kala jengking dalam usaha memecahkan rekod dunia untuk menjadi orang yang menarik.
Jika anda ingin melakukan perkara seperti itu, ia terserah kepada anda. Tetapi hakikatnya adalah anda boleh menjadi orang yang menarik dengan melakukan perkara yang biasa sahaja.
Unsur-unsur penarik berada dalam diri anda. Seminar ini akan membongkarkan rahsia bagaimana menjadi individu yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak dan tanpa melakukan perkara yang luar biasa.
Muat turun brochure seminar ini atau hubungi Jurulatih di email [email protected]