Artikel

Maklumat proposal

oleh Helmi pada 25 Oct 2005

Saya telahpun melayari laman web PTS semata-mata untuk mencari maklumat tentang bagaimana proses untuk menerbitkan buku. Walau bagaimanapun maklumat tersebut tidak terdapat di sini. Maksud saya, saya mempunyai satu proposal untuk menghasilkan buku dalam bidang kejuruteraan elektronik yang hendak saya terbitkan dengan PTS.

Apakah proses - proses yang perlu saya jalani sehinggalah terhasilnya buku tersebut ? Sekian terima kasih.

Dari,
Saiful Fadzli
[email protected]

Jawapan Webmaster:

Sdr Saiful,

Terima kasih atas email saudara.

Untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan penerbitan dan penulisan buku, sdr boleh melawat laman blog Pn Ainon Mohd di http://ainonmohd.blogspot.com (Universiti Terbuka PTS). Beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah PTS, mantan ketua editor PTS, penulis sepenuh masa (menulis lebih 80 buah buku sejak 15 tahun lalu), jurulatih penulisan utk penulis muda.

Untuk mendapatkan nasihat berkenaan buku yang saudara cadang utk diterbitkan oleh PTS itu, saudara boleh berhubung dgn En. Nazrul di talian 013-3622321 atau email: [email protected]. Beliau adalah pengurus PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku akademik, pengurusan dan pendidikan.

Sekian, terima kasih.

.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024