Wanita Ini Tidak Dapat Melihat Kaabah Walaupun Kaabah Di Hadapan Matanya

oleh Asri Yussof pada 26 Jul 2017

Makkah ialah kota yang paling suci bagi umat Islam. Sekurang kurangnya sekali seumur hidup umat Islam akan mengerjakan ibadah haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di kota suci tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah dimana ia menjadi tempat kiblat untuk umat islam menunaikan solat.

q

Di Makkah ada yang menceritakan beberapa kejadian luar biasa yang melanda pada jemaah yang menjalani ibadah haji di sana. Ada bahagian di dalam buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman hasil karya Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim menceritakan pengalamannya melihat sendiri kejadian luar biasa semasa di Tanah Suci.

“ Secara keseluruhannya saya melihat pelbagai peristiwa luar biasa yang berlaku, menggambarkan bagaimana sifat Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

k

Klik disini untuk membeli buku ini sempena promosi kempen Haji

Baca juga: Bagaimana Pasangan Ini Mengubah Doa Akhirnya Membawa Mereka Menunaikan Haji

Sifat-sifat takbur, marah, khurafat, kelancangan mulut, keghairahan, bodoh sombong, pengotor dan kecetekan pengetahuan telah mengundang pelbagai peristiwa yang mendukacitakan.

 Membaca kisah-kisah yang terdapat di dalam buku itu, boleh dijadikan panduan untuk menjaga tatatertib, akal budi dan tingkah laku sebagai manusia semasa berada di Tanah Suci.

Di dalam buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, penulis menceritakan pengalaman luar biasanya melihat pelbagai peristiwa yang berlaku dan ia menggambarkan sifat Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

 Contohnya, seorang yang angkuh, sombong dan degil tidak mahu bertaubat sebelum ke Tanah Suci, ditunjukkan bagaimana mata fizikalnya tidak dapat melihat Kabbah yang berada di depan mata.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan peristiwa itu? Allah mahu kita berfikir dan mengenai Keesaan dan KehebatanNya. Mereka yang mengalami peristiwa ini seharusnya berasa kerdil di sisi Allah dan berubah ke arah kebaikkan.

 Jadi adakah ia dianggap sebagai satu pengajaran atau pembalasan? Peristiwa seperti itu dilambangkan oleh penulis tentang konsep Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hambanya. Allah mahu kita sedar supaya menjadi manusia yang lebih baik di sisinya dan juga menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmatNya.

i

Menurut penulis lagi ada peristiwa dimana berlakunya seorang wanita yang tidak dapat melihat Kaabah walaupun Kaabah sudah berada di hadapannya. Mata fizikalnya hanya dapat memandang lautan manusia yang mengelilingi lubang yang besar.

Apabila ditanya, wanita itu berkata “ Mungkin kerana saya selalu berkata, Makkah ini sama sahaja seperti Singapura. Macam pergi shopping sahaja.” Lalu disarankan supaya dia lakukan solat sunat taubat dan meminta ampun denganNya dan akhirnya masalah ‘tidak nampak Kabbah’ itu pun selesai.

Peristiwa sebegini boleh dianggap sebagai proses ‘pelajaran, pengajaran dan pembelajaran’ fizikal yang memerlukan kita berfikir secara lebih mendalam. Kita juga perlu percaya dan yakin bahawa kita perlu kembali kepada asas yang lebih penting iaitu kekuasaan Allah dan bagaimana Dia mahu hambanya belajar daripada pelbagai peristiwa yang dihadapkan di depan mata dan mengalaminya sendiri.