Artikel
A. Fuadi, Andrea Hirata Temui Peminat di PBAKL
oleh Roziyah pada 05 Apr 2011
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pastinya membawa lebih kelainan apabila PTS Litera Utama membawakan penulis novel Indonesia yang dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia.
PTS Litera Utama berbesar hati membawakan penulis novel Negeri 5 Menara dan penulis novel Lasykar Pelangi.
Melalui PBAKL ini juga, PTS akan memperkenalkan buku terbaru daripada dua penulis hebat dan dikenali ramai ini.
Ranah 3 Warna yang juga buku kedua Tuan A. Fuadi juga akan dipomosikan dalam PBAKL yang dinanti-nantikan oleh penggemar buku di Malaysia. Ranah 3 Warna akan membawakan kisah Alif dan perjalanannya selepas tamat belajar di Pondok Madani.
Tuan Andrea Hirata yang sememangnya dikenali oleh peminat buku terutamanya peminat tetralogi Lasykar Pelangi pula bakal mempromosikan buku terbaru beliau yang bertajuk Dwilogi Padang Bulan. Novel yang penuh dengan kisah keserhanaan ini menjadi antara novel yang wajib dibaca terutamanya bagi mereka yang meminati karya Tuan Andrea Hirata.
Sebagai maklumat, Tuan A. Fuadi akan bersama peminat di Dewan Seminar, Johor/Kedah, PWTC pada 24 April 2011 bermula dari jam 2 petang.
Tuan Andrea Hirata pula akan bersama peminat di Dewan Seminar, Johor/Kedah, PWTC pada 30 April ini bermula dari kam 2 petang ini.
Jangan ketinggalan bersama dengan dua penulis hebat ini di bilik seminar Johor-Kedah PWTC pada PBAKL yang akan berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan berita terkini perihal PBAKL 2011.