Artikel
TCC kumpulkan Penerbit-Penerbit Asia
oleh Roziyah pada 05 Apr 2011
Trade & Copyrights Centre Kuala Lumpur 2011 (TCC 2011) adalah tempat berkumpulnya penerbit-penerbit sekitar asia bagi menjalinkan kerjasama dalam penerbitan dan hakcipta.
TCC 2011 yang kali ketiga diadakan ini semakin membesar dan berjaya menarik lebih ramai penerbit dari dalam dan luar negara.
Pesta Perdagangan dan Hakcipta ini merupakan salah satu aktiviti di bawah naungan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) yang juga pesta buku terbesar di Malaysia.
TCC yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 20 April hingga 23 April 2011 ini akan dilaksanakan lebih awal berbanding PBAKL 2011.
Bertempat di tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pengunjung dan peserta dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti kawasan yang santai, kemudahan WIFI dan sekretariat yang bersedia membantu peserta dan tetamu-tetamu yang hadir.
Antara penerbit yang terlibat dalam pesta TCC ini termasuklah PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd, Persatuan Penterjemah Malaysia dan banyak lagi.
Penerbit antarabangsa yang terlibat termasuklah EQ Plus Group Company Limited dari Thailand, Mizan Publishing House dari Indonesia, Big Apple Agency dari China dan banyak lagi.
Bagi penerbit yang berminat menyertai pesta perdagangan dan hakcipta ini boleh melayari www.tcckualalumpur.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TCC Kuala Lumpur 2011 ini.