Artikel

Adakah Kita Sudah Merdeka?

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 22 Aug 2016

Dua hari lepas, media melaporkan bahawa warga Arab Saudi merasa malu dengan kelakuan tidak bertanggungjawab segelintir rakyatnya yang berada di luar negara. - Malaysia Gazette

Melihat kepada keberadaan warga Arab Saudi di Malaysia, kadang-kala kita turut mengiakan kenyataan ini ekoran perwatakan mereka yang terlihat agak kasar.

Kalau kita soroti sejarah masyarakat Arab, perwatakan mereka sememangnya begitu. Sebelum kedatangan Islam sendiri, mereka terikat dengan budaya berkabilah dan pertumpahan darah antara kabilah bagi menunjukkan siapa yang lebih kuat.

Kenapa saya katakan demikian? Kerana Islam mengubah tatacara kehidupan masyarakat Arab hampir 360 darjah.

Sejarah Umat Islam tulisan Allahyarham Buya HAMKA, ada menukilkan tentang keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Akhlak mereka sangat kasar, pendendam, dan suka menumpahkan darah.

Utusan Nabi terakhir menurut kepercayaan umat Islam, iaitu Nabi Muhammad SAW, mengubah segala-galanya. Ia seiring dengan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abu Hurairah RA,

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”

Hadis ini menjadi petunjuk kebebasan umat manusia, khususnya orang Arab daripada kehidupan jahiliyah kepada kemasyarakatan yang berakhlak dengan akhlak agama Islam.

Buya HAMKA dalam bukunya itu, turut menerangkan beberapa falsafah seruan Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah kelakuan terhadap golongan wanita.

Sejarah dalam kacamata wanita sangat gelap. Jika di Tanah Arab mereka ditanam hidup-hidup atau dilacurkan ayah bondanya, dan jika di Yunani mereka diibaratkan barang dagangan yang boleh bertukar tangan, dan jika di Hindustan mereka dilihat lebih berbahaya daripada kematian itu sendiri.

Baca juga, 59 Tahun Malaysia Merdeka, Tetap Bagaimana Kemerdekaan Bersuara Antara Kita?

Baca, Hamka Ulama Sang Pujangga

Oleh sebab itu, Islam bertindak sebagai penyelamat kepada zaman kegelapan untuk golongan wanita. Bahawa mereka juga berhak menentukan kehidupan sendiri dan mempunyai kuasa dalam keluarga.

Jadi, tidak keterlaluan sekiranya kita tegaskan bahawa, kemerdekaan itu terletak pada keimanan kita kepada Islam (bagi muslim).

Jangan lepaskan diskaun ‘Sale Merdeka’ bermula 22 Ogos - 31 Ogos 2016 di Bookcafe

Cuba kita lihat sekeliling dan berfikir sejenak, bagaimana seseorang yang mengaku dirinya telah merdeka, sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan suruhan agama Islam?

Mereka belum merdeka dari gejolak nafsu dan pengamalan jahiliyyah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020