Artikel

Adi Satria Naga: Novel Fantasi Penuh Aksi

oleh Roziyah pada 20 May 2011

Khas buat peminat buku-buku fantasi dan sains fiksyen, PTS Pop sekali lagi membawakan karya terbaru yang penuh aksi dan mendebarkan pembaca.

Melalui karya terbaru AD Mirzai membawakan novel fantasi, Adi Satria Naga yang menyaksikan pengembaraan dan pertarungan dalam dunia yang berbeza.

Dalam satu kejadian gempa bumi, Haikal disangka terkorban di bawah timbunan tanah runtuh. Namun, dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke sebuah dunia yang aneh. Dunia yang ada persamaan dan juga perbezaan dengan dunia asalnya. Dia kini berada dalam dunia selari.

Menariknya dalam dunia selari ini, penulis menggambarkan kerajaan Melaka yang tidak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda mahupun British. Malah kerajaan Melaka membentuk kerajaan gabungan yang dipanggil Nusantara bersama kerajaan Acheh, Patani, dan Demak.

Adi Satria Naga juga memaparkan kemuncak Perang Salib adalah gabungan kerajaan Islam dan Kristian menentang kerajaan Yahudi. Saki-baki kerajaan Yahudi akhirnya lari menyeberangi lautan Atlantik dan hilang tanpa sebarang kesan.

Segala yang fantasi menjadi realiti dalam dunia selari ini. Dalam dunia selari ini juga, wujudnya naga yang selama ini disangka hanya hikayat purba ciptaan manusia.

Saksikan pengembaraan Haikal yang mendebarkan dalam buku terbaru PTS Pop ini.

Dapatkan novel menarik ini di kedai-kedai buku indie terpilih ataupun layari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online.

Bermula 27 Mei ini juga, PTS membawakan buku-buku terbaik dan menarik di Pesta Buku Read Malaysia yang diadakan di Mines Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City.

Dapatkan buku-buku menarik dan terbaik daripada PTS khas dibawakan kepada tuan dan puan peminat buku tempatan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024