Artikel

Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps

oleh Roziyah pada 19 May 2011

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi.

Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

Buku Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Dapatkan buku dalam mengenali dan memahami sifat lelaki dan wanita dengan lebih mendalam melalui buku Why Men Don’t Listen dan Women Can’t Read Maps edisi terjemahan bahasa Melayu di kedai-kedai indie berhampiran tuan dan puan atau terus melayari www.bookcafe.com.my bagi membuat tempahan secara online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024