Artikel
Agenda Politik Syiah
oleh Amirah pada 22 Aug 2013
TIGA INDUK TERBESAR SYIAH
- Syiah Zaidiyah
- Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (12 imam)
- Syiah Ismailiyah Batiniyah
TEORI POLITIK SYIAH
- Syiah berpandangan, kepemimpinan adalah satu keperluan asas dalam hidup manusia dan tidak dapat diabaikan dalam apa keadaan sekalipun.
- Menerusi kepimpinan, urusan dunia dan agama yang bengkok dapat diluruskan, keadilan dapat diwujudkan, keamanan dapat dihasilkan, kesulitan dapat diatasi, dna kezaliman dapat dicegah.
- Dalam asas pemikiran politik Syiah, para pengikutnya meyakini kebijaksanaan Allah s.w.t. menuntut kepada pengutusan para rasul bagi membina, membimbing, dan mengarahkan manusia.
PELANTIKAN PEMIMPIN
- Semua golongan Syiah sepakat, pelantikan imam ditentukan oleh nas dan secara langsung oleh Rasulullah s.a.w. dan dikenali sebagai akidah wasiat.
- Semua aliran Syiah sepakat mengatakan Ali bin Abi Talib, Hasan, dan Husin dilantik menjadi pemimpin melalui nas daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.