Artikel
Di Sebalik Ikhwan Muslimin
oleh Amirah pada 22 Aug 2013
MESIN DUIT IKHWAN MUSLIMIN
- Youssef Nada adalah perancang strategik kewangan Ikhwan Muslimin, menjadi wakil perunding bagaikan “menteri luar” Ikhwan Muslimin, dan menguasai empayar bisnes yang bernilai berbilion-bilion dolar Amerika.
BAPA SYAITAN
- Beliau digelar sebagai “jurubank Al-Qaeda” oleh George W. Bush. Secara terbuka, beliau dikatakan sebagai “bapa syaitan”. Beliau kekal disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika, walaupun PBB sudah membersihkan namanya.
AHLI AL-QAEDA ADALAH ORANG GILA
- Beliau menganggap ahli Al-Qaeda sebagai orang gila yang bertindak atas nama Islam, berbeza dengan Ikhwan Muslimin yang menolak keganasan. Inilah kisah Youssef Nada, yang bertindak di belakang tabir Ikhwan Muslimin untuk kelangsungan pertubuhan Islam yang paling tersusun dan kontroversi di dunia.