Artikel

Al-Quran dalam Kehidupan Manusia : Apabila Tuhan Berbicara

oleh Elcy Syafina Syafri pada 24 Jun 2014

Al-Quran adalah kitab Allah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga hari kiamat. Panduan Al-Quran datang dalam bentuk mentah dan perlu diproses bagi memastikan isi berguna bagi membimbing manusia.

Dalam buku Apabila Tuhan Berbicara ini penuh dengan kata-kata daripada Allah menerusi Al-Quran. Selain itu, penulis menceritakan 100 peratus kisah benar bagi menjadikan tauladan bagi para pembaca.

Demi memudahkan pemahaman Al-Quran, para ulama sejak zaman dahulu sudah berusaha dengan sepenuh jiwa menyusun pelbagai ilmu berguna sebagai alat bagi merungkaikan kandungan Al-Quran. Pengolahan ayat yang mudah difahami serta susunan topik memudahkan para pembaca memahami serta menyemak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang berkaitan.

 Buku ini adalah perkongsian yang disampaikan oleh penulis bagi membantu menimbulkan rasa cinta, kagum, dan syukur para pembaca dengan nikmat Al-Quran. Buku ini menjawab persoalan-persoalan isu semasa yang disandarkan kepada Al-Quran serta hadith-hadith bagi mencari kebenaran.

Buku ini merangkumi 4 bahagian iaitu Akidah, Akhirat, Al-Quran, dan Ibadah. Dalam buku ini, penulis menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan kehidupan manusia dengan memberi panduan dan nasihat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024