Artikel

Memperbaiki Hubungan Istimewa Anda: Why Mars and Venus Collide

oleh Aminah Harun pada 25 Jun 2014

Peningkatan tekanan antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Ramai pasangan yang dihanyut perasaan kebencian, kekeliruan dan ketidakpercayaan yang membawa kepada pergaduhan semasa menghadapi persengketaan.

Buku Why Mars and Venus Collide edisi Bahasa Melayu dapat membantu para pembaca bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Buku ini membicarakan tentang tip-tip komunikasi antara wanita dan lelaki. Pendedahan akan permasalahan dalam perhubungan juga dibicarakan berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri. 

Selain itu, antara isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini adalah,  mengapa lelaki Marikh dan wanita Venus bersengketa , lelaki dan wanita dilahirkan berbeza, hormone tekanan dari planet Marikh dan Venus, senarai tugas wanita yang berjela-jela, dan pelbagai topik menarik lagi. 

Antara petikan menarik oleh penulis, John Gray, “seperti wanita, lelaki juga memerlukan kasih sayang tetapi dengan cara yang berbeza.”

Penulis juga membantu para membaca untuk memahami keunikan pasangan dengan cara yang lebih santai. Malah, penulis juga cuba mendedahkan perbezaan antara wanita dan lelaki bagi menghasilkan hubungan yang lebih intim dan bahagia.

Dengan harga yang berpatutan, buku ini harus dimiliki oleh semua pasangan yang inginkan kebahagiaan yang abadi. Dapatkan juga buku ini secara online di www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024