Artikel

Ancaman Kepada Wartawan Sehingga Diugut Bunuh

oleh Asri Yussof pada 01 Aug 2016

Diancam bunuh adalah cabaran kepada seorang wartawan. Charles Mohan yang pernah berkhidmat selama 17 tahun di stesen televisyen ntv7 pernah menerima ugutan bunuh sebanyak dua kali.

Kali pertamanya ketika beliau cover kisah Pelacur Bermaharajalela. Kedua ketika beliau membuat pendedahan salah guna dana untuk pembinaan badminton court oleh salah sebuah sekolah di Klang.

Kes yang pertama, berlaku di Sandakan, Sabah. Sandakan sudah menjadi bandar besar dan sudah menjadi seperti Phuket, banyak kelab-kelab malam yang kecil, merata. Charles ke Sandakan dan membuat penyiasat tentang isu ini. Beliau dan team masuk ke kelab-kelab malam dan melakukan penyamaran untuk mendapatkan jawapan melalui soal siasat dengan menggunakan ‘hidden camera’ berbentuk seperti rokok dan memasangnya di lampu bilik hotel.

Sumber yang beliau perolehi, kebanyakan mereka dari Mindanao, Filipina. Terdapat dua cara mereka memasuk sehingga ke Sandakan, Sabah. Pertama mereka masuk menggunakan pasport Filipina dan menetap selama 3 bulan, selepas 3 bulan, mereka akan ke Singapura dua tiga hari kemudian masuk semula ke Sandakan.

Kedua, mereka akan menaiki bot haram yang diuruskan sindiket. Cara ini tidak mudah, pernah mereka naik bot kemudian ada ribut, ada waktu juga mereka duduk lama dalam bot sehingga seminggu. Mereka turun di celah-celah pokok bakau dan para penumpang haram ini akan mengharungi lumpur-lumpur untuk sampai ke tempat yang lebih elok.

Jawapan yang beliau terima dari seorang pelacur asal Mindanao, kerjaya sebagai pelacur menjadi pilihan untuk menyara keluarga di Mindanao oleh sebab gaji di sana tidak seberapa. Kerja ini memberi beliau duit yang lebih untuk dihantar ke kampung.

Tambah Charles lagi, yang paling mahal untuk menjadi wartawan penyiasatan yang berjaya adalah pengalaman. Pengalaman akan membantu kita. Planning dah jatuh nombor dua. Dalam kerja penyiasatan, bila rancang banyak sangat, payah. Sebab bila pergi ke tempat kejadian mungkin keadaan bahkan isu dia, lain.

Baca, Charles Mohan Menulis 17 Tahun Pengalaman Beliau Sebagai Seorang Wartawan

Buku Sebenarnya, tulisan Charles Mohan dan Syarafuddin Sulaiman

Tak pelik untuk kita dapat report mengatakan satu-satu tempat ada pelacur. Bila kita pergi dan siasat, rupa-rupanya kes dia bukan pelacur, tapi dadah. Yang nampak macam pelacur tu sebenarnya jual dadah. Kita kena sentiasa buka fikiran. Kena sentiasa peka dan buka mata. Mungkin apa yang didengar tak sama dengan hakikat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024