Artikel

Anugerah Buku Malaysia 2021, Kategori Buku Popular (UNDIAN UMUM) : Undian Kini Dibuka!

oleh [email protected] pada 29 Mar 2021

Kepada semua pencinta buku, berita baik untuk anda. Anugerah Buku Malaysia anjuran Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) kini telah membuka undian untuk kategori Anugerah Buku Malaysia. Anda boleh tentukan calon buku yang layak untuk memenangi Anugerah Buku Popular. Undian kini dibuka sekarang sehingga 4 April sehingga 11.59 Malam. Lebih menarik, anjuran kali ini mencalonkan sebanyak 19 judul buku PTS sebagai calon buku terbaik. Gunakan peluang ini untuk kita menentukan buku terbaik yang manakah yang wajar diiktiraf sebagai “POPULAR”!

Buku-buku PTS yang tersenarai adalah seperti berikut :

  1. Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu - Ustazah Asma Harun, Dwi Suwiknyo
  2. Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup - Ainon Mohd, Zamri Mohammad
  3. Fahami Bacaan Dalam Solatmu (Edisi Kemas Kini) - Professor Emeritus Dato’Isahak Harun, Ibrahim Bin Hashim
  4. Strong Mothers Strong Sons- oleh Meg Meeker, M. D.
  5. Men Are from Mars, Women Are from Venus (Edisi Kemas Kini)- Oleh John Gray
  6. Rich Dad, Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu) - Robert. T kiyosaki
  7. Ultra Qalif X Silat Boy #1 - Ben
  8. Psikologi Orang Berjaya - Ainon Mohd
  9. Susun Atur 30 Hari -Hani Mynis
  10. Sherlock Holmes - Penunggang Basikal Solo, Misteri Kehilangan di Sekolah Priory & Misteri Kematian Black Peter - Sir Arthur Conan Doyle
  11. Aku, Kau & Malaysia: Barisan Hadapan (Frontliners) - Artis-Artis Komik-M
  12. Apa Khabar Depresi? - Dr. Sakinah Salleh
  13. Khurafat, Tahyul & Mistik Di Alam Melayu - Zahiruddin Zabidi
  14. Aristokra - Ahmad Patria
  15. Demi Dara - Abdul Rahim Awang
  16. Eksentesi - Lokman Hakim
  17. Atan (Edisi Istimewa) - Ben Wong
  18. Miss Awesome - Osman Deen
  19. K-pop Girl : Army Yang Bertuah - Husna Rosli


Cara-cara mengundi adalah seperti berikut:

1. Daftar akaun percuma di https://www.e-sentral.com/ Pergi ke e-sentral.com/vote/abm (Log masuk jika anda sudah ada akaun. Jika belum ada akaun pengguna, klik “Create Free Account”)

2. Cari Kategori : ABM - Anugerah Buku Malaysia

3. Klik di ruangan pada mana-mana buku di dalam kategori ini untuk mengundi (boleh undi lebih daripada satu judul buku).

Undian terbuka kepada semua kakitangan dan warga-warga PTS dan masyarakat pencinta buku umum. Jom undi sekarang!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024