Artikel

Hari Buku Sedunia 2021: Kongsi Pengalaman Anda dengan Membaca!

oleh Nur Khairrisa Khalid pada 23 Apr 2021

Tanggal 23 April sepanjang tahun antara tarikh istimewa buat kesemua pencinta buku kerana momen tersebut kita meraikan Hari Buku Sedunia. Mengimbau kembali sejarah tertubuhnya sambutan ini adalah ia mula diperkenalkan oleh penulis Valencia Vicenta Clavel Andres sebagai memperingati penulis terkenal Miguel De yang terkenal dengan Novel modennya Don Cervantes Quixote, yang popular sekitar abad ke-6. Pada tahun 1995, Persatuan Bangsa Bersatu yang terdiri daripada ahli UNESCO telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai sambutan besar-besaran hari buku antarangsa. Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meraikan hakcipta sekaligus mendorong semangat dan kenikmatan membaca dalam kalangan masyarakat.

Tema kali ini mengangkat tema ‘berkongsi cerita’ pembaca melalui pengalaman mereka sewaktu membaca buku. Ia bertujuan untuk mengubah kehidupan melalui minat membaca di samping menerapkan semangat dan kecintaan kepada amalan membaca. Amalan membaca amat dituntut buat semua manusia. Tanpa kita sedari, menerusi perayaan ini sedikit sebanyak telah menjadi sebahagian ruang lingkup kehidupan dan menjadi jambatan ilmu buat semua generasi. Perkara ini tidak terbatas dari segi peringkat umur, kaum, bangsa mahupun sempadan. Dalam agama itu sendiri kita digalakkan untuk membaca sebagai salah satu cara untuk kita menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri. Sebagai seorang yang beragama Muslim, kita dituntut untuk membaca seperti yang diungkapkan dalam Surah Al-Alaq’ ayat 3

“Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia, Yang mengajar (manusia) dengan pena.”

Rentetan turunnya ayat di atas, amat jelaslah betapa pentingnya amalan membaca kerana ia diarahkan sendiri oleh tuhan yang Maha luas pengetahuan-Nya. Menerusi pembacaan kita akan memperolehi pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang.

Justeru, walaupun kehidupan tahun ini sukar berbanding dahulu, ia bukanlah satu halangan untuk kita hanya bermalas-malasan di rumah. Gunakan masa dan kesempatan yang ada ini untuk untuk ubah diri dengan menerapkan amalan membaca dan kongsikan pengalaman anda terhadap buku yang anda minat. Selamat Hari Buku Sedunia!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024