Artikel

Anugerah PNM-RTM 2013 Iktiraf Penerbit dan Penulis

oleh [email protected] pada 19 Feb 2013

Buat julung kalinya, Perpustakaan Negara Malaysia dan RTM berkerjasama mengadakan Anugerah PNM-RTM 2013. Rasional Anugerah buku kepada pemain industri sebagai penghargaan kepada penulis/penerbit.

PNM merupakan agensi penyokong industri perbukuan dalam negara demi memartabatkan dunia perbukuan di Malaysia. Kerjasama PNM dan RTM adalah wadah terbaik untuk membentuk pemikiran dalam memartabatkan ilmu dan budaya membaca melalui media elektronik yang berkesan.

Antara objektif penganjuran adalah memberi penghargaan & pengiktirafan kepada penulis dan penerbit di Malaysia di atas sumbangan meningkatkan perkembangan penerbitan buku negara. Selain itu ia dapat menggalakkan penerbitan buku berkualiti di Malaysia.

Menurut PNM lagi, anugerah ini bukan sahaja menyemarakkan pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia malah menjadi pemangkin kepada inisiatif Industri Kreatif Negara. Antara kategori yang dipertandingkan:

Apa yang menariknya, pembaca boleh memilih buku yang dipertandingkan dalam semua kategori dan memilihnya sebagai buku paling popular. Semua pembaca boleh mengundi di laman web iaitu http://www.pnm.gov.my/anugerahbukupnm-rtm/. Antara buku PTS yang yang dihantar bagi dicalonkan adalah: 

Bukan Fiksyen Dewasa

  1. Khutbah Rasulullah,
  2. Konspirasi Yahudi,
  3. Sebelum Aku Bernikah

Fiksyen Dewasa

  1. Sebarkan Cintamu
  2. Cinta Kembali Bertasbih
  3. Akukah Cinderella Itu

Bukan Fiksyen Kanak-Kanak

  1. 70 Hadis Mudah Hafal, Mudah Amal
  2. Motivasi 5A UPSR
  3. Motivasi Super

Fiksyen Kanak-Kanak

  1. Kisah Si Puteri-Kami Puteri Hebat
  2. Super Safee: Kelahiran Bintang
  3. Coklat untuk Iman: Ada yang Melihatmu

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024