Artikel

Kepastian Yang Ditunggu

oleh [email protected] pada 18 Feb 2013

Cuaca sejuk membuatkan Balqis mengurungkan diri di rumah selesai imtihan berakhir pagi kelmarin. Seperti biasa jadual imtihan siswi berakhir lebih awal daripada siswa. Namun Balqis tidak mahu ke mana-mana sehari dua ini, memandangkan ada hal yang membuatkan dia sedikit gusar. Semalam dia menerima panggilan daripada Bait Muslim yang mengatakan siswa ingin bertemu dengannya. Dia memang menjangka Ustaz Izzudin yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat. Dia serba salah untuk membuat keputusan.

Jauh di sudut hatinya dia masih mahukan kepastian daripada seseorang. Seseorang yang dirasakan pernah menyelamatkan dirinya beberapa kali. Seseorang yang hadir di saat dia memerlukan pertolongan. Tetapi dia belum mendapat peluang untuk bertanya secara terus terang daripada lelaki itu. Tambahan pula dia adalah wanita, kalau dia bertindak awal pasti orang akan mengatakan dia seperti perigi mencari timba.

Apa pun dia akan cuba membuat solat istikharah buat masa terdekat. Mudah-mudahan Allah memberikan kepadanya petunjuk dan isyarat yang terbaik buat dirinya.


- Petikan novel Warkah Cinta Berbau Syurga karya A. Ubaidillah Alias

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024