Artikel

Baca@ Ramadan: Raikan Ramadan, Syukuri Lebaran

oleh Hairul Faizal Adli Abd Ghani pada 03 Jul 2013

“Kurangkan juadah, banyakkan ibadah. Kurangkan mencerca, banyakkan membaca.” Pelbagai slogan mula kedengaran sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan.

Masjid-masjid juga bertambah meriah dengan pelbagai program untuk mengimarahkan rumah Allah. Para pencinta ilmu pula semakin bersemangat mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan meningkatkan pembacaan mereka. Sesungguhnya Ramadan adalah bulan pesta ibadah yang diserikan lagi dengan budaya ilmu. 

PTS Media Group juga tidak ketinggalan menjadi pemangkin budaya ilmu dan amalan membaca. Dengan tema “Raikan Ramadan, Syukuri Lebaran”, PTS menyediakan pelbagai pilihan buku yang berkualiti untuk dihadam oleh para pembaca. Ilmu yang dihadam ketika perut kosong lebih mudah meresapkan masuk dan menyuburkan iman di hati.

Ramadan kali ini pasti dimeriahkan lagi dengan semaraknya budaya ilmu dan amalan membaca. Tambah menarik, PTS juga menawarkan 6 tiket umrah percuma untuk para pembaca kesayangan. 6 tiket umrah ini akan diberikan kepada 3 pasangan pembaca PTS yang bertuah.

Jangan lepaskan peluang untuk menggandakan lagi amalan kita di tanah suci Makkah.

PTS juga akan memberi sumbangan buku dan barang keperluan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih dalam program Infak Ramadan.

Program ini diadakan pada setiap tahun dan melibatkan keseluruhan warga PTS Media Group.

Mudah-mudahan program ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk membaca buku-buku yang berkualiti.

Maklumat lanjut mengenai kempen membaca sempena Ramadan anjuran PTS boleh didapati di www.pts.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024