Artikel

Pembetulan pada Bahan Promosi Baca & Terbang Mengerjakan Umrah

oleh Amirah pada 04 Jul 2013

PTS ingin memaklumkan bahawa terdapat pembetulan pada bahan promosi bagi peraduan Baca & Terbang Mengerjakan Umrah yang dianjurkan baru-baru ini.

 

Kesilapan tersebut terletak pada kedudukan imej pada grafik iaitu kedudukan pintu Kaabah. Kami sudah ambil maklum akan perihal ini dan pembetulan sudah dikemaskini pada bahan cetakan, Facebook, dan signature e-mel.

 

Justeru, kami ingin memohon maaf dan mengakui kesilapan ini dan berharap ia tidak mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025