Artikel

Baca@Ramadan Di Harakah

oleh Roziyah pada 21 Jun 2010

Iklan sempena Baca@Ramadan sudah mula disiarkan di akhbar mingguan harakah.

Iklan yang memaparkan buku-buku keluaran PTS sempena ramadan ini dapat membantu pembaca memilih buku khusus untuk bacaan pada bulan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

PTS juga berharap melalui kempen ini dapat menggalakkan budaya membaca menuju bulan Ramadan di kalangan pembaca.

Menjadi harapan syarikat dapat menukar corak pemikiran lama pada Ramadan dan serentak itu dapat menjana jualan.

Kempen terbabit dibahagikan mengikut kategori buku puasa, komik, kanak-kanak dan remaja, novel spiritual, umrah dan haji; resipi, Yaasin dan al-Quran.

Tidak ketinggalan pembaca yang mahu membuat persiapan awal Syawal turut boleh mendapatkan bahan bacaan diperlukan dalam kempen terbabit.

Antara buku yang disediakan adalah seperti Khalifah-Khalifah Yang Benar, Travelog Syahadah, Keajiban Ramadan serta banyak lagi buku-buku menarik.

Pembaca bolehlah mendapatkan akhbar harakah bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai buku yang diterbitkan oleh PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025