Artikel
Buat Duit Dengan Blog Mampu Jana Pendapatan
oleh Roziyah pada 21 Jun 2010
Bermula dengan seminar daripada Irfan Khairi, jutawan internet terkenal telah mencetuskan idea kepada anak muda ini untuk menghasilkan buku bagi menjana pendapatan melalui blog.
Yazid Yahaya, penulis buku Buat Duit Dengan Blog menerangkan langkah asas kepada pembaca yang ingin menggunakan blog bagi menghasilkan pendapatan.
"Sesiapa yang ingin belajar basic blogger dan ingin mengetahui tentang perniagaan di internet, buku ini berbaloi untuk dimiliki." kata Yazid.
Beliau yang menulis sejak di institusi pengajian tinggi lagi beranggapan pelajar hari ini perlu terbuka dan bersedia untuk meneroka dunia baharu agar mereka mampu mencipta sesuatu untuk disumbangkan kepada masyarakat.
Ketika ditanya karya yang bakal dihasilkan, anak muda berusia 23 tahun ini bercerita mengenai forum.
"Mungkin selama ini ramai yang tidak sedar. Sebenarnya melalui forum di internet juga mampu memberi pendapatan kepada mereka yang bijak menggunakan aplikasinya." Senyum beliau sambil bercerita mengenai buku terbaharunya.