Artikel
Baca@Ramadan: Komik-M Raya Sajian Bulan Ramadan
oleh Roziyah pada 19 Jul 2010
Komik-M menghidangkan bacaan bermanfaat dan menghiburkan pembaca semperna bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Antara komik-M yang bakal menjadi peneman peminat komik tempatan di bulan puasa ini adalah Baju Raya Dari Syurga.
Komik hasil gabungan penulis buku dan pelukis komik ternama Malaysia. Antara penulis yang menyumbangkan idea dalam Baju Raya Dari Syurga ini adalah penulis novel ternama, Tuan Nazri M Annuar, Tuan Bahruddin Bekri, Farihah Iskandar, Bop dan Pac.
"Baju Raya dari Syurga adalah himpunan komik hari raya yang dilukis dan ditulis oleh pengkarya lama dan baru dalam industri komik," kata Editor Komik-M, Tuan Aliff Firdaus Azis.
Baju Raya Dari Syurga mengabungkan pelbagai cerita dalam satu komik yang bakal memenuhi hari pembaca.
"Dalam Baju Raya Dari Syurga ada cerita sedih, kelakar, drama dan banyak lagi dan akan menghilangkan rasa lapar pembaca di bulan Ramadan ini," jelas Tuan Aliff.
Harga komik-M yang murah menjadikan komik-M sebagai komik mampu dimiliki oleh semua golongan.
"Lebih menarik apabila tahun lepas ada antara pembeli yang menjadikan Komik-M sebagai duit raya untuk diberikan kepada anak-anak semperna hari raya," kata Tuan Aliff gembira.
Selain hiburan, pembaca juga boleh mengumpulkan pahala dengan membaca Komik-M.
"Jalan cerita Baju Raya Dari Syurga ini menceritakan mengenai hubungan antara adik-beradik dan bagaimana untuk menghadapi masalah yang timbul.
"Sesungguhnya, barangsiapa membaca Komik-M ketika bulan puasa, mereka pasti dapat pahala dengan syarat, baca Bismillah sebelum membaca. Insya-Allah! Ia dikira sebagai ibadat. Wallauhualam," kata beliau lagi.
Dapatkan Komik-M semperna Ramadan ini yang bakal mengisi bulan puasa anda yang bermanfaat dan menghiburkan minda.