Artikel
Baca@Ramadan: Promosi Mula Rancak
oleh Roziyah pada 26 Jul 2010
Unit Marketing PTS semakin rancak dalam mempromosikan Baca@Ramadan di seluruh Malaysia.
Terbaharu, 70 kedai Indie di seluruh Malaysia sudah mula mempromosikan program Baca@Ramadan yang telah dilancarkan PTS bagi memeriahkan Ramadan kali ini.
Kedai-kedai yang terlibat dalam program Baca@Ramadan ini telah mula meletakkan bahan promosi seperti hanging mobile, banting, poster, rak dan mushed serta flayes.
Antara buku yang turut dipromosikan sempena Baca@Ramadan termasuklah pelbagai jenis buku masakan untuk Ramadan dan Syawal serta koleksi buku kanak-kanak, koleksi buku agama.
Lebih istimewa apabila PTS membuat penampilan khas buku Armagedon Kiamat 2012 karya Muhammad Alexander serta Negeri Lima Menara karya A. Fuadi yang telah lama dinanti oleh peminat buku PTS.
Sebanyak RM200 ribu ringgit telah dibelanjakan bagi menjalankan promosi sempena Baca@Ramadan ini.
Selain itu, PTS juga menganjurkan program Jelajah Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza. Program jelajah ini memberi peluang kepada peminat Chef Hanieliza bagi melihat secara dekat demo masakan Chef Hanieliza serta dapat merasai sendiri masakan Chef terkemuka PTS ini.
Meriahkan Ramadan kali ini dengan membaca buku-buku berilmu bagi menambah input dan meningkatkan amalan di bulan puasa ini.