Artikel

Jelajah Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza

oleh Roziyah pada 27 Jul 2010

Penulis buku masakan PTS, Chef Hanieliza kini mengadakan jelajah senangnya memasak bagi bertemu dengan peminat sambil mendemonstrasikan masakan daripada siri buku resipinya.

Program yang dianjurkan oleh Popular ini bagi mempromosikan buku-buku masakan Chef Hanieliza keluaran PTS Millenia Sdn Bhd selain menarik peminat buku masakan sempena bulan puasa ini.

“Program jelajah di Kuala Lumpur sangat menggalakkan. Pengungjung yang menyaksikan domo masakan sanggup tunggu dengan sabar sehingga tamat program,” kata Chef Hanieliza gembira.

Chef Hanieliza memilih masakan yang diterima oleh semua bangsa kerana pengungjungnya juga terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina dan India.

“Saya akan cuba untuk memastikan pengunjung yang hadir dapat merasai makanan yang disediakan walaupun sedikit,” jelas Chef Hanieliza.

Terbaharu, Chef Hanieliza akan meneneruskan jelajahnya ke Pantai Timur iaitu di  Popular Popular KB Mall, Kota Bharu, kelantan, Popular Kuantan Mega Mall dan Popular Terengganu Mesra Mall, Kerteh. 

Antara masakan yang bakal dipersembahkan kepada pengunjung di Pantai Timur termasuklah Salad Ayam dan Makaroni, Ayam Gajus, Daging Kisar goreng, Ayam Goreng Tomyam dan banyak lagi.

Pengunjung juga dapat merasai masakan Chef Hanieliza yang diambil daripada semua buku terbitan PTS Millenia Sdn Bhd.

Ikuti siri jelajah Chef Hanieliza yang seterusnya bermula di Popular KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Julai jam 3 petang, Popular Kuantan Mega Mall pada 31 Julai jam 3 petang, dan Terengganu Mesra Mall, Kerteh pada 6 Ogos ini juga pada jam 3 petang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024