Artikel

Badan Cemerlang Mula Pamer Promosi Baca@Ramadan

oleh Roziyah pada 03 Aug 2010

Badan Cemerlang, salah satu rangkaian kedai buku telah mula rancak mempamerkan bahan-bahan promosi sempena Baca @Ramadan tahun ini.

Badan Cemerlang yang terletak di Plaza Angsana, Johor Bahru yang giat mempromosikan buku-buku hasil keluaran PTS ini memberi sokongan penuh atas usaha PTS melalui program Baca @Ramadan.

Baca @Ramadan yang dilancarkan pts ini memberi peluang kepada peminat buku menambahkan pahala di bulan Ramadan dengan membaca buku-buku yang disediakan oleh PTS khas sempena Ramadan ini.

Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru telah mempamerkan bunting, banner, hanging mobile, poster, mushed serta flayes bagi memaklumkan umum khususnya umat Islam berkaitan baca @Ramadan yang dilaksanakan oleh PTS.

Meriahkan Ramadan kali ini dengan membaca buku-buku berilmu bagi menambah input dan meningkatkan amalan di bulan puasa ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024