Artikel

Pemenang Mengulas Buku PTS Minggu Kelima

oleh Roziyah pada 03 Aug 2010

Pihak pengurusan PTS telah memilih pemenang bagi Peraduan Mengulas Buku PTS bagi minggu kelima.

Pemenang Kategori Novel Dewasa
Pemenang pertama : Ali Irfan Bin Shazali - Khalifah-Khalifan Yang Benar (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang kedua    : Nurul Shafiqa Yusof- Imam Hanbali (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga    : Tiada

 

Pemenang Kategori Novel Remaja dan Kanak-kanak
Pemenang Pertama: Shobanah- Aku Mahu Superbibik (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang Kedua   : Tiada
Pemenang ketig     : Tiada

 

Pemenang Kategori Bukan Fiksyen
Pemenang pertama  : Hasni Jamali- Mencari Makna Hidup (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang kedua     : Tiada
Pemenang ketiga     : Tiada

 

Pemenang Kategori komik
Pemenang Pertama  : Azie - Kad Raya dari Syurga (hadiah buku bernilai RM50)
Pemenang kedua     : Tiada
Pemenang ketiga     : Tiada

 

Pihak PTS akan menghubungi pemenang melalui email. Setiap pemenang boleh memilih judul buku berdasarkan nilai hadiah yang dimenangi.

Kos penghantaran hadiah akan ditanggung oleh pihak PTS. Hadiah mingguan akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu. Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.

Sebelum ini, pihak PTS telah menerima banyak ulasan yang kurang daripada 100 patah perkataan. Untuk maklumat peserta pihak PTS tidak akan menerima ulasan kurang daripada 100 patah perkataan.

Selain itu, PTS juga tidak akan menerima ulasan yang berbentuk sinopsis yang disalin terus daripada blurp di kulit belakang buku ataupun daripada bahagian pendahuluan buku. Peserta boleh memberikan ulasan, pendapat peribadi atau kritikan mengenai buku yang telah dipilih.

PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025