Artikel

Bagaimana Hidup Mewah Dengan Menulis

oleh Helmi pada 04 Oct 2005

Cukup luar biasa! Selalunya orang menulis buku cara-cara nak buat duit melalui saham, berniaga, pasaran harta tanah dan sebagainya. Tetapi, saudara Jeniri menulis buku tentang bagaimana buat duit dengan menulis. itulah antara komen pertama Prof Madya Saharom TM Sulaiman ketika mengulas buku Buat Duit Dengan Menulis karya Jeniri Amir.  Beliau berkata demikian ketika sesi bicara buku yang di anjurkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn BHD (PTS) dan MPH Bookstores Sdn Bhd, di Kompleks membeli belah Alamanda Putrajaya baru-baru ini. Sesi ini turut di sertai oleh Pn Ainon Mohd, pengerusi kumpulan PTS dan seorang penulis sepenuh masa.  Menurut beliau lagi, ramai orang menulis tetapi tidak ramai yang boleh buat duit dengan menulis. Jika di barat, adalah perkara biasa ramai penulis yang menjadi kaya raya dan hidup mewah dengan menulis. Contoh yang paling jelas adalah JK Rowlings pengarang siri buku Harry Porter yang dikatakan kaya raya melebihi kekayaan Ratu Elezibeth.  Di Malaysia,  tidak kurang ramai yang menjadikan bidang penulisan sebagai sumber pendapatan utama dan hidup mewah melaluinya. Kebanyakan mereka adalah penulis buku novel remaja dan juga beberapa orang penulis buku yang bercorak ilmu seperti buku motivasi dan pembangunan diri.  Menurut Saharom, penerbit pandai memilih tajuk buku ini. Walaupun buku beliau agak serius dan tebal, tetapi dengan tajuk yang catchie buku ini dapat menghilangkan presepsi dan stereotype buku serius. Ini dapat menarik orang untuk melihat dan mendekati buku seperti ini. Tajuk memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembeli dan pembaca.  Banyak buku panduan menulis yang ada dalam pasaran menerangkan teori, teknik dan prinsip-prinsip bagaimana menulis dengan berkesan. Kelebihan buku Jeniri Amir adalah banyaknya contoh-contoh yang diberikan dalam buku itu. Bagi setiap teknik dan prinsip yang beliau terangkan, beliau menyertakan contoh-contoh nyata yang berdasarkan bahan sebenar dan tempatan, bukan sekadar teori.  Jeniri mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan cerpen, novel artikel dan buku ilmu. Beliau pernah menjadi ketua editor di akhbar Utusan Sarawak. Kini beliau adalah pensyarah komunikasi massa di UNIMAS dan sedang menyiapkan tesis PhDnya di Universiti Malaya.  Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan dan pegangan bagi mereka yang hendak mencari duit dengan menulis artikel untuk majalah dan akhbar.  Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Sebagai contoh rancangan jangka panjang sebuah syarikat penerbitan majalah terbesar tempatan bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu.  Ramai orang secara peribadi pernah membeli rumah dan membayar ansuran bulanan dengan menggunakan duit honorarium artikel-artikel yang disiarkan oleh majalah dan akhbar. Shaharom sendiri menurut beliau, membeli kereta mewahnya dengan duit honorarium artikel-artikel beliau. Ada penulis dapat berkahwin dengan mengumpulkan duit honorarium sahaja. Ada yang pergi umrah atau membeli rumah, tanah dan menubuhkan syarikat penerbitan dengan cara itu.  Banyak buku menerangkan tentang bagaimana nak jadi penulis dan bagaimana nak menulis dengan baik, tetapi ramai penulis tak ada duit komen Ainon Mohd. Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian pasaran, buku ini adalah buku yang terbaik dalam bahasa Melayu. Buku ini menerangkan bagaimana nak buat duit dengan menulis dengan fokus menulis rencana. Sebelum hasilkan buku, bagaimana nak tulis artikel dan buat duit tiap-tiap bulan.  Menceritakan pengalaman peribadi beliau, menurut Ainon yang sudah menghasilkan lebih 70 buah buku, buku pertama beliau tentang permikiran adalah koleksi artikel-artikel yang ditulis dalam akhbar. Sebelum jadi buku, beliau sudah pun buat duit terlebih dahulu dari artikel yang diterbitkan. Setengah-setengah buku itu pula disirikan semula menjadi artikel untuk akhbar. Dengan itu beliau dapat royalti buku dan juga horarium artikel. Puan Ainon membeli rumah pertama beliau menggunakan wang hasil honorarium artikelnya. Walaupun pada masa itu tidak banyak akhbar dan majalh, beliau dapat membayar ansuran rumah beliau dengan duit tersebut.  Kebanyakan buku beliau diolah untuk fokus kelompok yang berbeza walaupun dari bahan yang sama. Sebagai contoh, buku komunikasi intim untuk suami isteri, buku komunikasi interpersonal untuk guru, buku komunikasi moden untuk pendakwah adalah dari bahan yang sama. Cuma diolah dan disesuaikan untuk kelompok yang berbeza dan lebih khusus.  Ini adalah kerana tidak ada buku kecuali al-Quran yang sesuai untuk semua kelompok dan golongan. Kebanyakan golongan atau profesion tertentu memilih bahan bacaan yang berkait dengan bidang mereka. Oleh itu setiap bahan bacaan umum perlu juga membuat fokus edisi kepada kelompok tertentu, walaupun dari bahan yang sama. Kaedah ini sudah lama dipraktkan di barat. Sebagai contoh penulis buku 7 Habits of Highly Effective Individual turut membuat edisi bukunya untuk suri rumah, pengurus, remaja dan sebagainya.  Menurut beliau lagi, untuk mejadi penulis yang berjaya, ada caranya bagaimana bahan yang sama dapat dijual berkali-kali. Bahan-bahan pula boleh didapati boleh didapati dari membaca buku, akhbar, pemerhatian, perbincangan dan sebagainya.  Bagi individu yang mempunyai bakat menulis mereka patut belajar dan mencontohi bagaimana golongan seniman seperti penyanyi, pemuzik, penulis lirik seperti Siti Nurhaliza, Habsah Hassan, M.Nasir dapat hidup mewah sepenuh masa berpandukan modal insani mereka iaitu bakat.  Penulis sepatutnya juga boleh turut hidup mewah dengan mengesplotasi bakat mereka seperti seniman. Sebaliknya, penulis tidak dapat menjadi seperti seniman kerana modal bakat mereka tidak diurus secara professional dan disusun dengan baik. Jika seniman boleh memberi fokus sepenuh masa kepada bidang mereka, pergi ke kelas latihan vokal, tarian dan sebagainya untuk memantapkan bakat mereka, penulis juga sepatunya berbuat demikian.  Penulis sepatutnya tumpuan sepenuh masa menulis dan tidak perlu membuat kerja lain seperti menjadi guru, pensyarah, berniaga dan sebagainya.  Pada masa ini sudah terdapat beberapa orang penulis yang hjidup selesa menggunakan bakat menulis mereka. Golongan ini terdiri dari penulis novel yang memberi tumpuan sepenuhnya menulis walaupun mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi dan menjawat jawatan yang tinggi. Mereka ini hidup bersandarkan hasil dari royalti yang diperolehi.  Menurut puan Ainon lagi, bagi mereka yang berminat menjadi penulis sepenuh masa, mereka perlu berkawan dengan dengan penulis yang sudah berjaya supaya dapat bertukar-tukar maklumat dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk hidup sepenuh masa dengan menulis.  Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai bakat menulis majalah, mereka perlu beli semua majalah popular yang ada dalam pasaran dan kaji jenis-jenis kolum yang ada dalam majalah-majalah tersebut. Lihat apa fokus artikel majalah tersebut dan berepa halaman yang diperuntukan dan berapa banyak artikel yang diperlukan setiap keluaran. Penulis juga perlu berkawan rapat dengan editor, supaya mereka boleh mendapatkan maklumat tentang artikel yang diperlukan oleh sesuatu majalah itu.  Di PTS, bakal penulis diwajibkan mengikuti bengkel penulisan. Melalui bengkel ini penulis didedahkan maklumat yang penting yang mereka perlu ketahui. Contohnya undang-undang hakcipta, hala tuju dan dasar penerbitan dan beberapa kemahiran menulis.  Bagi Saharom pula beliau berpendapat sebetulnya untuk buat duit apa sahaja penulisan boleh dibuat. Yang penting penulis perlu konsisten dan artikel yang ditulis diantar kepada media yang betul dan sesuai. Bahan yang ditulis juga perlu ada nilai insani. Walaupun bahan yang ditulis adalah bahan sains dan sebagainya yang serius pastikan ia berbentuk popular. Ini kerana pembaca adalah orang awam dari pelbagai latar belakang pendidikan. Penulis juga perlu jadi editor untuk mengedit tulisan sendiri. Jika penulis tidak boleh faham tulisan mereka, apatah lagi pembaca.  Sebagai seorang berpengalaman luas menulis artikel di beberapa akhbar dan majalah Saharom turut menyarankan agar penulis menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan editor. Ini penting agar penulis mendapat maklumat dari editor berkenaan isu yang akan diketengahkan oleh media tersebut dan apakah bahan yang diperlukan.  Menurut beliau, tidak ada tulisan yang baik di tolak oleh editor. Cuma sesuatu artikel itu lambat dikeluarkan munkin kerana tidak ada isu semasa yang sesuai dengan bahan yang ditulis.  Penulis juga disaran menjalinkan kerjasama dengan editor bagi memudahkan komunikasi dan membina kepercayaan supaya artikel mereka akan cepat mendapat tempat di meja editor. Penulis boleh menjadi pakar dalam pelbagai bidang. Tidak semestinya menulis dalam bidang mereka sahaja, tetapi mereka boleh menulis bidang lain yang diminati. Yang penting penulis perlulah banyak membaca. Tidak munkin boleh menjadi penulis yang baik jika tidak banyak membaca.  Saharom setuju bila dikatakan menulis boleh buat duit. Tanpa menyatakan pendapatan yang diperolehi dari menulis, beliau mengakui bahawa beliau membeli kereta dengan menggunakan duit hasil dari penulisan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025