Artikel

Bagaimana Kita Melihat PERIBADI Pemimpin Dunia?

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 15 Nov 2016

Di Turki, kita menyaksikan pertembungan antara Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Fethullah Gülen. Manakala, Amerika Syarikat memperlihatkan pengaruh Donald John Trump dan Hillary Diane Rodham Clinton pasca pilihanraya.

Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya apabila rakyat mula menilai ketokohan dua pemimpin besar mereka, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dalam pentadbiran negara.

Najib Razak

Nama-nama ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat dunia. Masing-masing cuba menonjolkan kekuatan dalam pelbagai segi, terutamanya daripada segi pemikiran dan kuasa mentadbir. Persoalannya di sini; bagaimana mereka menjadi begitu terkenal?

Jawapannya, PERIBADI!

Kekuatan peribadi menyebabkan masyarakat dunia memberi perhatian kepada mereka. Sejarah tidak pernah tertinggal untuk mencatat jerih perih mereka sehingga dikenali umum.

Buktinya, pelbagai bahan bacaan tentang mereka sudah berada di pasaran.

Apabila berbicara soal peribadi, ini mengingatkan kita pada seorang tokoh ulama nusantara sepanjang zaman, iaitu HAMKA.

Sejujurnya, sukar untuk kita mencari HAMKA masa kini yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk falsafah.

Melalui perspektif HAMKA, peribadi dilihat sebagai kumpulan sifat akal budi, kemahuan, cita-cita, dan bentuk tubuh. Hal ini menyebabkan harga kemanusiaan seseorang berbeza daripada yang lain.

MENARIK: Akhirnya Saya Sedar, HAMKA Sudah Lama Bercakap Soal Peribadi Insan

peribadi

Klik di sini untuk membeli buku-buku HAMKA

Jika kita melihat kepada tokoh-tokoh di atas, ketinggian peribadi mereka terletak kepada usaha untuk hidup, cara berfikir, tepatnya perhitungan, berpandangan jauh, dan kuatnya semangat diri sendiri.

Pembinaan peribadi ini semakin kukuh dengan luasnya pergaulan, banyak pengalaman dan mengembara ke negeri-negeri orang.

Perkara-perkara ini membolehkan seseorang itu membuat perbandingan sekaligus lebih menghargai orang lain dalam pendiriannya.

Akhirnya, akan muncul tokoh-tokoh seperti Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Fethullah Gülen, Donald Trump, Hillary Clinton, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Tun Mahathir yang jelas keperibadiannya sehingga dikenali masyarakat serata dunia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024