Bagaimana Komik Berbicara?

oleh Asri Yussof pada 20 Jul 2016

img_4456

“Saya lebih takut kepada pena seorang penulis berbanding 1000 senjata tentera musuh.”

Demikianlah salah satu daripada ungkapan emas Napoleon Bonaparte, antara penguasa Eropah yang berjaya meletakkan diri dalam lipatan sejarah sehingga digelar Maharaja Napoleon.

Penulisan kali ini tertumpu kepada mutiara kata yang satu ini. Jelas disini, bahawa harga sebuah penulisan adalah tidak ternilai. Sesebuah penulisan sebenarnya lebih tertumpu kepada nilai pembangunan kendiri, keterbukaan persepsi, dan pembinaan ideologi. Kerana itulah, sesebuah penulisan mampu mengubah diri, masyarakat, bahkan dunia.

Bila berbicara tentang penulisan, ia sebenarnya tidak terikat dengan susunan huruf-huruf yang membentuk ayat sebenarnya. Terjemahan penulisan sangat luas konteksnya, termasuklah lukisan, gambar bergerak, dan warna.

Salah satu industri yang mendapat tempat di Malaysia adalah industri komik. Bagi seseorang pekomik, perkara utama yang perlu ditekankan adalah sifat malar segar (evergreen), sehingga mampu dikatakan mempunyai ‘shelf-life’ (tarikh luput) yang panjang.

Puan Ainon Mohd, Pengasas PTS, pernah menggariskan beberapa faktor yang mempengaruhi ‘shelf-life’ sesebuah komik.

  1. Cerita dalam buku asalnya memiliki ciri-ciri evergreen. Jadi, apabila pekomik melukis komik, seharusnya mereka memilih cerita-cerita yang sudah terbukti evergreen.

  2. Gaya bahasa dalam karya asalnya memiliki ciri-ciri evergreen. Gaya bahasa standard adalah stabil, oleh itu ia dapat difahami bagi tempoh waktu yang panjang.

  3. Stroke dan gaya lukisan komik saudara itu memiliki ciri-ciri yang evergreen. Pekomik perlu memilih gaya stroke yang dapat bertahan lama dan mengelakkan stroke yang ‘trendy’.

Dengan penelitian tehadap faktor inilah, pekomik mampu menjadikan karya mereka sebagai harta intelek yang berharga.

Komik SS10 siri 11 dan 12 karya Ben di bawah label Komik-M dilihat sebagai salah satu contoh komik yang bersifat evergreen. Ini kerana temanya yang berkaitan bola sepak, sebuah industri yang sangat diminati rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia.

Baca Komik SS10 Siri 11 dan 12 di sini

Selamat maju jaya kepada semua pekomik negara. Jadikanlah komik anda sebagai salah satu medan mengubah masyarakat. Majulah komik Malaysia!