Artikel

Bajet Puasa Membayangkan Bajet Raya

oleh [email protected] pada 01 Sep 2009


Memperuntukkan bajet apabila mengikut kehendak akan menjurus pada masalah bajet yang tidak cukup dan jatuh pada tahap membazir. Umum mengetahui tuntutan berbuka puasa adalah ibadah dan jika kena caranya pahala yang diberi lebih berlipat ganda.

Pakar kewangan, Shamsuddin Kadir menyedari sikap boros masyarakat semasa berbelanja buka puasa. Beliau mengariskan beberapa saranan, seperti menyediakan senarai makanan semasa lepas berbuka ataupun terawih. Membeli juadah semasa dekat waktu berbuka, membawa duit yang diperuntukkan sahaja, contoh RM10. Serta membeli satu juadah bagi satu hari dan menukar menu setiap hari.

Jika pengguna bijak berbelanja, pasti kewangan semasa bulan puasa dapat diperuntukkan untuk sambutan raya. Namun jangan pula bajet raya juga dibazirkan pada benda yang tidak diperlukan. Terus dapatkan tip kewangan daripada www.shamsuddinkadir.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025