Artikel

Jualan Buku Sempena Marhaban ya Ramadan Laris!

oleh [email protected] pada 02 Sep 2009


Kempen Marhaban ya Ramadan yang dilancar PTS kini mula dirasai oleh pihak media tempatan, kedai buku dan jurujual. Kempen yang menjurus supaya membaca pada bulan Ramadan dapat mengkomersialkan buku sebagai hadiah utama semasa Ramadan dan dicadang menggantikan duit raya.

“Saya sokong kempen ini dan ia membantu jualan bagi akaun saya. Kini jualan berkali-kali ganda jika dibandingkan semasa tiada promosi hebat seperti ini dijalankan, bagus dan perlu diteruskan,” ujar Mohamad Azari Hashim riang, jurujual yang pakar buku agama dan menyeringai dengan hasil jualan buku Ramadan Tetamu yang Dirindui.

Pembaca boleh mula mendapatkan 27 buah buku berkaitan di kedai buku online PTS, www.bookcafe.com.my dan rebut diskaun 20 peratus. Dapatkan segera selagi stok masih ada.

Mengulas lanjut kempen membaca itu. Jurujual PTS, Mohd Nor Ikhram Hanafiah memberi respons. “Memang jualan laku dan peratus jualan meningkat dalam kadar 15 hingga 20 peratus. Kempen yang efektif dan membantu jualan. Buku-buku kepahlawanan Islam dan tulisan Dr. Danial juga mendapat sambutan hangat melalui iklan pada akhbar dan kempen itu. Bagus!”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025