Artikel

Bantu Anak-Anak Kenali Tokoh Islam: 40 Tokoh Islam

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 02 Oct 2013

Doa anak yang soleh tidak putus-putus pahalanya walaupun ibu bapa sudah berada di alam kubur.

Didiklah anak-anak supaya mereka mengenali tokoh-tokoh Islam, mudah-mudahan mereka berjaya di dunia dan di akhirat.

Mempunyai anak yang soleh adalah harapan dan keinginan setiap pasangan suami isteri. Mereka akan membahagiakan para ibu bapa dan memberi manfaat yang besar untuk seluruh dunia. Tak kenal maka tak cinta.

Seandainya mereka tidak diperkenalkan dengan tokoh-tokoh Islam sejak dari kecil lagi, mereka mudah cenderung untuk mengagung-agungkan tokoh bukan Islam, atau lebih teruk lagi, para artis yang tidak senonoh dan tidak bermoral akan menjadi idola mereka.

Jangan biarkan anak kita terjebak dengan perkara yang membinasakan mereka.

Dengan lukisan kartun yang comel dan ilustrasi yang menarik, buku ini mampu memupuk minat anak-anak untuk membaca dan mengenali 40 tokoh Islam yang terbaik dalam pelbagai bidang ilmu.

Semua muka surat buku ini penuh berwarna-warni dan penuh keceriaan untuk tatapan anak-anak.

Gaya bahasanya juga mudah dan ceritanya senang untuk difahami. Setiap bab juga mempunyai info dan biodata ringkas bagi setiap tokoh yang diceritakan.

Semoga kehadiran buku yang comel dengan kartun yang menarik ini dapat memupuk sifat cintakan ilmu dalam diri anak-anak.

Kisah-kisah 40 tokoh Islam dalam buku ini pasti akan menjadi inspirasi buat mereka. Mudah-mudahan mereka akan menjadi tokoh Islam yang terkemuka pada zaman mereka nanti. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024