Artikel

Mari Berilmu Dengan Sains: Ekspo Saintis Cilik

oleh Rashiela Nurain pada 03 Oct 2013

Lima sekawan yang menggelarkan diri mereka sebagai Tim BEST semakin teruja. Lima sekawan yang sukakan sains ini semakin bersemangat mahu ambil bahagian sebagai peserta sempena Minggu Sains sekolah.

Apatah lagi, pemenang ditawarkan ke peringkat zon bagi memenangi hadiah sains menarik. 

Pelbagai saingan yang terpaksa mereka hadapi bagi memenangi sekurang-kurangnya sebagai 3 kumpulan yang terpilih mewakili kelas.

Namun konflik memuncak apabila Jasmin, ahli yang manja dan kreatif tiba-tiba menarik diri kerana mahu fokus kepada pertandingan lain. 

Ahli yang lain iaitu Daniel, Iskandar, Soo Mei, dan Vela berusaha memujuk Jasmin supaya kekal berada dalam kumpulan mereka.

Lagi menggemparkan, sehari sebelum pertandingan, semua bahan eksperiman di dalam dewan sekolah dimusnahkan. 

Mustahil untuk tim BEST mengaku kalah. Ketahui kisah selanjutnya dalam novel yang menyampaikan ilmu sains secara santai, malahan diselitkan komik ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024