Artikel

Bantu Palestin Wujud di Google Maps

oleh Asri Yussof pada 12 Aug 2016

Di sinilah kenapa Hak Asasi Manusia penting untuk setiap warga yang wujud di muka bumi ini. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat wujud sejak 1948 apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan deklasi berikut,

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuk.

Atas kesedaran bahawa Hak Asasi Manusia bertunjangkan kepada Hormat dan Maruah, marilah kita menjadi antara 187,000 orang lagi yang diperlukan suaran mereka agar petisyen untuk Palestin wujud di Google Maps, berjaya dengan suara seramai 500,000 orang.

Nytakan suara anda dengan menandatangani petisyen di sini

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024