Artikel

Bapak Muhammad Alexander Memperkenalkan Sains Quranic Archeology

oleh [email protected] pada 23 Mar 2010

Bapak Muhammad Alexander mempertahankan teorinya bahawa Alexander the Great dan Zulkarnain yang disebut dalam surah al-Kahfi dalam Quran itu adalah orang yang sama.

Beliau membuat kesimpulan itu dalam buku terbarunya Alexander adalah Zulkarnain, dengan mengemukakan banyak sekali dalil dan hujah historis.

Yang lebih menarik, beliau juga menggunakan suatu disiplin ilmu yang amat baru, yakni Quranic archeology (sains arkeologi yang berdasarkan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang digunakan dalam Quran).

Dalam kajiannya, beliau telah menemukan lokasi-lokasi yang pernah disinggahi oleh Alexander dalam perjalanan misi ketenteraannya, dan lokasi-lokasi itu menepati diskripsi yang terdapat dalam Quran.

*sumber : http://universitipts.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025