Artikel
Duduk di Lantai Sambil Memilih Buku
oleh Helmi pada 24 Mar 2010
Barangkali disebabkan kaki mereka sudah terlalu lenguh berjalan, apabila perempuan-perempuan dalam foto ini tiba di booth PTS yang terletak di seberang sungai, mereka lantas duduk sahajalah di hadapan rak buku resipi sambil memilih....
PTS sengaja dengan sukarela membuka booth di seberang sungai, meskipun semasa mencabut undi PTS mendapat lokasi di dalam PWTC.
Lokasi dalam PWTC adalah lebih strategik, orang di situ lebih ramai, jualan pun lebih rancak dibandingkan dengan lokasi di seberang sungai.
Tetapi PTS mahu menolong penerbit-penerbit lain yang mendapat lokasi di seberang sungai.
Disebabkan PTS sudah mempunyai banyak peminat, walaupun berada di seberang sungai, peminat tetap akan pergi ke sana mencari PTS.
Dengan itu PTS dapat menarik orang ramai pergi ke dewan seberang sungai.
Mudah-mudahan, mereka akan pergi melawat booth-booth lain dan membeli juga buku-buku mereka.