Artikel

Belajar dari HAMKA - Seorang Ulama Autodidak

oleh Asri Yussof pada 30 Oct 2017

Kelahiran seorang ulama atau cendekiawan yang ilmu pengetahuannya lahir dari bahan-bahan pembacaannya sedari kecil sehingga besar tanpa masuk universiti merupakan suatu hal yang jarang-jarang berlaku. Dalam bahasa akademik kita golongkan mereka seperti ini dalam kategori autodidact

Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau yang lebih terkenal dengan nama Buya Hamka adalah salah seorang cendekiawan yang berperanan besar dalam perkembangan Islam di Indonesia khususnya di Sumatera Barat, malah sehingga beberapa tempat di Malaysia.

HAMKA

Hamka lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat meneruskan perjuangan ayahnya yang bernama Syekh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenal sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid-pembaharu) di Minangkabau.

MENARIK: HAMKA Sang Pujangga

MENARIK: Inspirasi dari Buku Cerita HAMKA

Bermula pada umur 20 tahun (1928), Beliau mula menggerakkan pemikirannya melalui mata pena. Ketika itu beliau menjadi penulis wartawan di beberapa media cetak, seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam, dan Seruan Muhammadiyah.

Kemudian beliau bergelumang sebagai editor di syarikat media, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, dan Gema Islam. Tulisan-tulisannya yang kritis masih boleh kita baca sehingga sekarang.

Majalah Panji Masyarakat - HAMKA

(Gambar, sumber: apanamadotcom.wordpress.com)

Tafsir Al-Azhar antara Mahakarya yang pernah dihasilkan oleh beliau. Dengan berani beliau mempercayai dirinya sendiri (seorang Melayu) untuk menulis tafsir 30 juzuk itu yang belum pernah dibuat orang pada ketika itu.

MENARIK: HAMKA Ubah Pendirian Selepas Banyak Membaca

Selalunya, jika kita ingin mencari rujukan tafsir Al-Quran, pasti kita akan merujuk terjemahan-terjemahan tafsir yang ditulis dalam bahasa Arab oleh para ulamak, tapi keberanian HAMKA dalam menggunakan akal untuk menyiapkan tafsir itu tidak ada seorang pun yang mampu menghalang beliau.

Tafsir Al-Azhar

Bagi HAMKA, diskusi agama Islam itu tidak pernah tertutup untuk memberikan idea-idea baru mengikut zaman dan tempatnya. HAMKA dengan tegas menolak kenyataan tentang ‘Pintu Ijtihad dalam Islam sudah tertutup’ di dalam bukunya Falsafah Hidup.

Sejak Tafsir Al-Azhar diperkenalkan kembali oleh PTS kepada pembaca di Malaysia dengan wajah baru sejak tahun 2015, ia mula mendapat tempat di hati sebahagian besar masyarakat di Malaysia ini. Kekaguman kita dengan ulamak yang seorang ini menulis tafsir dalam bahasa Melayu adalah sesuatu yang luar biasa.

MENARIK: Akhirnya Saya Sedar, Sebenarnya HAMKA Sudah Banyak Kali Bercakap Tentang ‘Peribadi”

Pada tahun 1957 (umur 49 tahun) Hamka dilantik menjadi pensyarah Universitas Islam Jakarta dan Universitas Muhammadiyah Padang Panjang. Kemudian Rektor Perguruan Tinggi Islam Jakarta dan dianugerahkan gelaran Profesor dari Universitas Mustopo, Jakarta.

Di peringkat antarabangsa, HAMKA mendapat kehormatan Doctor Honoris Causa Universitas Al-Azhar pada 1958, Doktor Honoris Causa Universitas Kebangsaan Malaysia pada 1974, dan gelar Datuk Indono dan Pangeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

MENARIK: Saya Berubah 180 Darjah Selepas Mengenal HAMKA

Hamka meninggal dunia pada 24 Juli 1981 (ketika umur 73 tahun). Karya-karya dan ajaran beliau tidak pernah mati. Terus kekal bersama kita sehingga hari ini.

HAMKA

Sehingga kini, PTS sudah menerbitkan kembali karya-karya HAMKA lebih dari 19 buah karya. Antaranya Tafsir Al-Azhar, Juzuk 1 hingga juzuk 6, juzuk 30, Tasawuf Moden, Peribadi, Lembaga Hikmat, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Lembaga Budi dan Sejarah Umat Islam.

Termasuk juga novel-novel yang pernah dihasilkan oleh beliau ketika muda berumur 30-an, antaranya: Merantau ke Deli, Dibawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Klik di sini untuk membeli buku-buku HAMKA secara Online di Bookcafe

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024