Artikel

Untuk Peminat Buku, Anda Tidak Boleh Terlepas Jualan Buku Lelong Separuh Harga Ini

oleh Asri Yussof pada 02 Nov 2017

“A room without books is like a body without a soul”

Petikan diatas diucapkan oleh Marcus Tullius Cicero atau lebih terkenal dengan nama singkatannya Cicero. Beliau adalah ahli falsafah Rom, negarawan, peguam, ahli teori politik, dan ahli perundangan Rom. Beliau berkhidmat sebagai konsul pada tahun 63 SM. Cicero dianggap sebagai salah satu penceramah hebat dan penerbit prosa Rom yang bagus.

Bagi pembaca dan pembeli buku, acara-acara seperti jualan buku separuh harga ini antara acara yang ditunggu-tunggu. Sebab boleh beli buku dengan harga yang sangat murah. Malah kebanyakan buku yang dipamerkan masih lagi dalam keadaan baik.

Buku PTS

Saya tidak percaya kepada minat membaca dikalangan kita semakin berkurangan. Yang pasti, kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia semakin berkurang sejak 2 tahun kebelakang ini.

Menarik Untuk Dibaca: Kuasa Pembeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Ini disebabkan oleh harga barang melambung dan kos untuk hidup meningkat. Menyebabkan rata-rata perbelanjaan sebuah keluarga dirancang dengan baik untuk ‘survive’ makanya bahan bacaan bukan lagi perkara utama sebagai keperluan untuk dibeli setiap bulan.

“Beli buku jarang-jarang boleh lah.” keluhan ini yang selalu kita dengar.

Jadi untuk mengurangkan keluhan-keluhan ini, anda boleh datang ke Jualan Buku Lelong PTS ini yang akan bermula pada 6 November hingga 10 Disember 2017 ini.

Bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang (dibuka setiap hari termasuk sabtu dan ahad). Lebih 1,500 tajuk buku-buku akan dilelong dengan separuh harga.

Jualan akan diadakan di Gudang Buku PTS yang terletak di Batu Caves. Anda boleh waze atau google (PTS Publications & Distributors).

Jualan Gudang Separuh Harga PTS

 

Kaunter pembelian secara pukal dalam kalangan cikgu-cikgu sekolah juga akan dibuka sepanjang Jualan Buku Separuh Harga ini berlangsung. Cikgu-cikgu boleh membuat pembayaran secara tunai, kad kredit atau melalui L.O.

Jualan ini juga adalah peluang kepada semua Pusat Sumber Sekolah yang ingin menambah koleksi-koleksi buku mereka di boleh terus membuat pembeli di jualan ini nanti. Boleh borong buku sampai liicn. Selagi stok masih ada.

Menarik Untuk Dibaca: 513 Halaman Novel Kesatria - Ahmad Patria: Kaya Bahasa

Menarik Untuk Dibaca: 5 Buku Agama Yang Masih Kekal Dibaca Hingga Hari Ini (Rentas Zaman)

Gudang buku PTS akan dibuka kepada semua pelanggan untuk masuk dan pilih sendiri tajuk-tajuk buku yang menarik. Anda tak perlu risau buku rosak atau terkoyak. Semua buku masih lagi dalam keadaan baik. Semua buku-buku ini adalah buku-buku yang dipulangkan semula dari kedai buku kepada gudang.

Untuk buku-buku terbitan lama pula dilelong dengan harga serendah RM3. Untuk semua wanita yang minat masak diluar sana (atau lelaki juga. hehe) jangan terkejut, buku-buku resipi dilelong dengan harga RM1 sahaja! Siapa cepat dia dapat.

“Jika anda hanya membaca buku yang dibaca oleh orang lain, anda hanya boleh berfikir apa yang orang lain berfikir.” Haruki Murakami, Norwegian Wood

Haruki Murakami PTS

(gambar: Haruki Murakami. kredit foto: The Independent)

Kata-kata Haruki Murakami ini mengingatkan kita kenapa buku tidak boleh satu. Tapi perlu dua. Dua juga mungkin tidak cukup kerana kita perlukan hari-hari dengan buku baru supaya otak bergerak dan berfikir dengan banyak. Penuhkan koleksi buku anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024