Artikel

Belanja Duit Raya di PTS Book Truck

oleh Nur Nilam Sari Aimi Sham pada 08 May 2023

Musim perayaan Aidilfitri antara waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua termasuk kanak-kanak dan remaja. Selain dapat merayakan kegembiraan bersama keluarga dan sahabat handai, amalan memberi dan menerima duit raya pastinya antara yang menjadi tumpuan di musim perayaan Aidilfitri.

Bagi kanak-kanak dan remaja, duit raya merupakan sebab tambahan untuk mereka bersuka ria pada musim perayaan. Oleh itu, penting bagi kita untuk memberi pendidikan kepada mereka tentang kepentingan membelanjakan wang dengan bijak dan membuat pilihan yang terbaik ketika berbelanja. Hal ini kerana pasti ada antara mereka yang mempunyai kecenderungan untuk boros dan rambang mata ketika membeli-belah.

Salah satu cara terbaik untuk membelanjakan duit raya adalah dengan membeli barangan berfaedah, seperti buku dan bahan bacaan lain. Membaca buku bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan baru, bahkan berupaya untuk memperbaiki kemahiran membaca dan menambahkan kosa kata. Selain itu, boleh membantu meningkatkan kreativiti dan imaginasi pembaca.

Untuk mendapatkan buku berkualiti, PTS Book Truck solusi yang terbaik. Mari belanjakan duit raya dengan bijak dan gunakan wang dengan berhemah di PTS Book Truck. PTS Book Truck menyediakan pelbagai genre buku. Antaranya Komik-M, Penerbit-X, Bookiut dan PTS Junior.

Jom meriahkan suasana Aidilfitri di sekolah anda dengan kehadiran PTS Book Truck. Kehadiran PTS Book Truck juga pastinya dapat memberi galakan dan sokongan kepada para pelajar untuk berbelanja dengan bijak menggunakan duit raya yang mereka perolehi.
Jangan lepaskan peluang untuk menjemput PTS Book Truck ke sekolah anda.

Semoga inisiatif PTS Book Truck membawa kedai buku ke sekolah-sekolah rendah dan menengah berupaya membantu pelajar menghargai duit raya yang diberikan dan meningkatkan minat mereka untuk membaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024