Artikel
Bengkel Melukis Kartun PTS Meriah
oleh Helmi pada 10 Mar 2006
Bengkel singkat selama sejam ini dikendalikan oleh Sdr Alif Firdaus Azis, penulis kreatif, kartunis dan illustrator PTS One Sdn Bhd.
Seramai 30 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun menyertai bengkel singkat anjuran PTS One Sdn Bhd dengan kerjasama MPH Bookstores (M) Sdn Bhd.
Para peserta diajarkan teknik asas bagaimana melukis muka dan tubuh badan kartun secara langkah demi langkah. Mereka kemudian dikehendaki menghasilkan lukisan sendiri dengan tema bebas.
Tiga orang peserta yang berjaya menghasilkan lukisan yang menarik menerima hadiah istimewa dari penganjur. Kesemua peserta yang hadir turut menerima hadiah penyertaan.
Bengkel tersebut diadakan di MPH cawangan Alamanda Putrajaya Shopping Compleks dan pada minggu berikutnya di MPH cawangan Shah Alam City Centre (SACC).